Dipaksa kerja sebagai scammer di Kemboja, 16 warga Malaysia diselamatkan

Dipaksa kerja sebagai scammer di Kemboja, 16 warga Malaysia diselamatkan

Seramai 16 rakyat Malaysia yang ditahan di Kemboja selepas selepas terpedaya dengan iklan pekerjaan di sana, berjaya diselamatkan polis negara itu pada Selasa lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Abd Jalil Hassan berkata, 15 lelaki dan seorang wanita berusia 19 hingga 43 tahun itu yang “dipaksa bekerja dengan scammer” kini berada di Phnom Penh sementara menunggu penerbangan untuk pulang ke Malaysia dalam masa terdekat.



“Semua mangsa mendakwa diperdaya iklan pekerjaan sebagai pegawai khidmat pelanggan di Kemboja dengan tawaran gaji lumayan dan segala kos perjalanan ditanggung syarikat di Kemboja,” katanya dalam kenyataan.

“Setelah tiba di Kemboja, dokumen perjalanan mangsa dirampas, pergerakan dikawal dan dikurung dengan kawalan ketat. Siasatan awal polis mendapati mangsa dipaksa bekerja sebagai scammer.”

Pada 20 Mac lalu, Pengerusi Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCa, Michael Chong dilaporkan berkata, lebih 50 belia Malaysia ditahan secara paksa di Kemboja dan dipaksa menipu orang.

Menteri Luar, Saifuddin Abdullah berkata, 16 individu itu kini ditahan di sebuah balai polis di Phnom Penh untuk siasatan.



Katanya, Kedutaan Malaysia sudah menghantar pegawainya untuk menemui rakyat Malaysia terbabit dan semua 16 mangsa dilaporkan dalam keadaan baik.

Minggu lalu, polis dilaporkan berkata, mereka menerima enam laporan membabitkan 26 mangsa yang diperdaya serta dieksploitasi sindiket untuk bekerja di Thailand, Laos, Myanmar dan Kemboja. FMT

Dipaksa kerja sebagai scammer di Kemboja, 16 warga Malaysia diselamatkan


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bazar Ramadan 2022: Ini senarai 18 bazar yang terbaik seluruh negara

Bayar atau tak boleh keluar dari Malaysia



‘Tiga beradik’ Juadah Istimewa Menjadi Rebutan Di Bulan Ramadan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker