Surah Yasin telah menjelaskannya ribuan tahun lebih awal tentang rabun mata

Surah Yasin telah menjelaskannya ribuan tahun lebih awal tentang rabun mata

Dalam sejarah oftalmologi dunia, Ibnu Haitham merupakan ilmuwan pertama yang berjaya menghuraikan fungsi mata dalam mencerna kenampakan sesuatu objek pada abad ke-11.

Fakta yang dikemukakan beliau telah membuka lembaran baru dalam bidang sains optometri sehingga menjadi pencetus kepada penciptaan mikroskop, teleskop serta penggunaan kaca mata dalam tamadun manusia.

Beratus-ratus tahun sebelum falsafah Haitham itu diterima oleh masyarakat dunia, manusia mempunyai beberapa pandangan berbeza mengenai konsep dan fungsi mata.



Kebanyakan ilmuwan kuno seperti Plato percaya kepada konsep mata aktif yang memberi maksud penglihatan berpunca daripada cahaya yang keluar dari mata. Sementara segelintir ilmuwan seperti Aristotle pula berpegang dengan teori penyusupan, yang menyatakan penglihatan manusia bergantung pada tahap cahaya yang masuk ke dalam mata.

Mengimbau kembali ke abad pertama sebelum Masihi, mata menjadi isu hangat apabila topik kerabunan diperbincangkan. Ini kerana, masalah rabun ketika itu menjadi salah satu faktor kepincangan sesebuah kerajaan apabila pembesar-pembesar utama yang telah berusia terpaksa meletakkan jawatan kerana tidak mampu lagi untuk membaca.

Fakta ini disokong oleh penemuan surat peletakan jawatan bertulis tangan seorang pembesar Rom bertarikh kira-kira 100 SM. Dalam surat tersebut, pembesar itu menekankan punca peletakan jawatan adalah disebabkan oleh masalah rabun dekat yang kronik.

Pada awal abad pertama Masihi, orang-orang yang hidup pada zaman tersebut menggunakan gelas putih berisi air untuk membesarkan pandangan sesuatu objek yang dekat. Prinsip tersebut jugalah yang menjadi pencetus kepada penciptaan kanta cembung.



Pada abad ke-13, iaitu 200 tahun selepas Ibnu Haitham menghuraikan prinsip cahaya dan fungsi mata, barulah cermin mata pertama di dunia dicipta. Bagaimanapun, pada ketika itu ahli sains kuno masih belum dapat mengungkai apakah yang menyebabkan masalah kabur pandangan itu boleh berlaku.

Pada awal abad ke-16, Paus Leo X pula telah menemui kanta cekung untuk mengatasi masalah rabun jauh. Bertitik tolak daripada penemuan itu, pada 1604, Kepler muncul bersama teleskopnya dengan menggabungkan prinsip kanta cembung dan kanta cekung.

Dalam masa yang sama, beliau turut menyatakan bahawa konsep penglihatan manusia adalah sama seperti teleskop – melalui proses pantulan dan pembiasan cahaya ke titik fokus di dalam mata. Sekiranya titik fokus itu berubah, pandangan akan menjadi kabur. Dengan kata lainnya, seseorang itu akan menjadi rabun jika perubahan bentuk berlaku pada bebola matanya.

Sekalipun fakta mengenai rabun terungkai pada abad ke-17, tetapi Al-Quran telah pun menyatakan hakikat itu.



Dalam surah Yasin, Allah berfirman; “… Kami berkuasa menghapuskan bentuk biji mata kepala mereka menjadi rata (leper) sehingga masing-masing menerpa mencari-cari jalan (yang biasa dilalui). Maka, bagaimanakah mereka dapat melihat?” (Yasin : 66)

Berdasarkan ayat di atas, telah dijelaskan satu kaitan di antara perubahan bentuk mata dan tahap penglihatan manusia. Dalam erti kata lain, ayat itu juga membawa maksud bahawa pandangan seseorang akan menjadi kabur sekiranya bebola mata berubah bentuk.

Ketika manusia melihat, cahaya akan memasuki mata melalui retina dan terpantul di titik fokusnya yang terletak di bahagian dinding belakang retina. Apabila bebola mata berubah bentuk sama ada semakin lonjong atau meleper, secara automatik titik fokus mata akan turut berubah seterusnya menyebabkan masalah rabun.

Secara asasnya, bebola mata manusia adalah matang sejak dilahirkan dengan berbentuk bulat atau sfera secara sekata. Ketika proses tumbesaran berlaku, saiz mata akan berubah mengikut kesesuaian usia. Semasa melalui fasa ini, faktor luaran sedikit sebanyak boleh mengganggu proses pembesaran bebola mata secara sekata.

Kebiasaannya, ia akan menyebabkan bebola mata menjadi lonjong sehingga mengakibatkan titik fokus berada semakin jauh daripada retina. Perkara ini diklasifikasikan sebagai rabun jauh dan memerlukan kanta cekung untuk memfokuskan kembali pantulan cahaya tepat ke titik fokus.

Berbeza dengan rabun dekat, bebola mata akan berubah menjadi semakin meleper dan menyebabkan titik fokus berada lebih dekat dengan retina. Perkara ini biasanya berlaku disebabkan oleh faktor usia. Apabila titik fokus berada hampir dengan retina, kanta cembung diperlukan untuk memusatkan cahaya yang masuk ke dalam mata menuju ke titik fokus.

Kesimpulannya, apa yang dijelaskan di dalam Al-Quran ternyata selari dengan penemuan sains moden. Utv

Surah Yasin telah menjelaskannya ribuan tahun lebih awal tentang rabun mata


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bazar Ramadan 2022: Ini senarai 18 bazar yang terbaik seluruh negara

Bayar atau tak boleh keluar dari Malaysia

‘Tiga beradik’ Juadah Istimewa Menjadi Rebutan Di Bulan Ramadan

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker