Biawak gergasi lepak dalam tandas

Biawak gergasi lepak dalam tandas

Seekor biawak mencetuskan kekecohan apabila merangkak masuk ke dalam tandas sebuah bilik sewa di wilayah Chachoengsao, Thailand, lapor laman berita Thaiger kelmarin.

Penghuninya, Prasitthichok menghubungi pasukan penyelamat selepas reptilia bersaiz lebih 2 meter panjang itu masuk ke dalam tandas.



Menurut Prasitthichok, dia pada awalnya mengetuk pintu bilik sewanya sebelum ia dibuka oleh teman wanitanya.

Ketika hendak masuk, biawak itu merangkak ke dalam bilik sewa mereka sehingga menyebabkan teman wanitanya melarikan diri. Ia kemudian bersembunyi di dalam tandas.

Anggota penyelamat kemudian dipanggil ke bilik sewa di Pasar Bang Khla, daerah Bang Pakong itu.

Sejurus tiba, mereka menggunakan tali untuk mengikat biawak tersebut sebelum melepaskannya ke dalam hutan berhampiran sebuah terusan. K Online



Biawak gergasi lepak dalam tandas

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Che Ta naikkan elaun mekap Aaisyah RM250 seminggu



Beras Madani ini apa, Ameer Mydin bidas Syed Abu Hussin

Ali Puteh dah cukup duit bayar saman Hidayah



Kedai coli ‘perangkap’ orang alim



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker