Nasib Syed Saddiq ditentukan 30 Jun ini

Nasib Syed Saddiq ditentukan 30 Jun ini

Nasib Syed Saddiq ditentukan 30 Jun ini
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, daripada tuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) BERSATU akan diputuskan 30 Jun depan.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu akan kekal bebas jika Mahkamah Persekutuan menolak rayuan pendakwaan atau berdepan hukuman penjara jika mahkamah memihak kepada hujahan pendakwa raya.

Pemakluman tarikh keputusan itu dinyatakan Mahkamah Persekutuan melalui surat yang dialamatkan kepada Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar.

Ia akan diputuskan oleh panel tiga Hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Abu Bakar Jais yang bersidang bersama Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Che Mohd Ruzima Razali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin kepada media, di sini hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rizam Kecam Sekeras-kerasnya Hantaran Hina Institusi Diraja Selangor


Terdahulu pada 12 Disember lalu, dalam situasi yang tidak pernah berlaku sebelum ini, Abu Bakar mengarahkan pihak pendakwaan berbincang dan menyatakan pendirian mereka, sama ada mahu meneruskan rayuan itu atau sebaliknya, selepas selesai mendengar hujahan kedua-dua belah pihak.

Beliau memberi tempoh seminggu kepada pihak pendakwaan untuk meneliti semula rayuan dan berharap pendakwaan berbincang serta meneruskan rayuan jika masih mampu membuktikan kes, tetapi perlu maklumkan kepada mahkamah jika merasakan ia tidak begitu kukuh selepas membuat penelitian.

Bagaimanapun, pendakwaan mengambil pendirian meneruskan rayuan terbabit yang dinyatakan melalui surat enam hari selepas itu.

Peguam Negara arah rayuan diteruskan

Surat itu menyatakan, selepas pendakwaan mendapatkan pandangan dan arahan lanjut daripada Mohd Dusuki, Peguam Negara mengarahkan supaya rayuan diteruskan dan apa juga keputusan mahkamah hendaklah diterima.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Puteri e-Biz: Usaha Bantu Wanita Muda Fahami Realiti Ekonomi Semasa – Nurul Amal


Pada 25 Jun tahun lalu, Mahkamah Rayuan melepas serta membebaskan Syed Saddiq, 33, selepas membenarkan rayuan beliau untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi pada 9 November 2023.

Sehari selepas itu, Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Syed Saddiq didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim Razali, yang ketika itu Penolong Bendahari ARMADA untuk melakukan pecah amanah terhadap dana ARMADA berjumlah RM1 juta di CIMB Bank Berhad, KL Sentral pada 6 Mac 2020 mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun, sebatan dan denda.

Beliau turut berhadapan pertuduhan salah guna RM120,000 milik Armada Bumi Bersatu Enterprise di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara antara enam bulan hingga lima tahun, sebatan dan denda.

Selain itu, beliau turut dituduh melakukan dua transaksi pengubahan wang haram, iaitu memindahkan RM50,000 ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 15 tahun serta denda lima kali nilai terbabit.

Nasib Syed Saddiq ditentukan 30 Jun ini

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO Hormati Keputusan ADUN Negeri Sembilan, Teliti Implikasi Politik – Ahmad Zahid

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker