ADUN Melor selesai beri keterangan kes perlekeh anggota polis
ADUN Melor selesai beri keterangan kes perlekeh anggota polis

KOTA BHARU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor Wan Rohimi Wan Daud selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu petang tadi, berhubung dakwaan memperlekehkan tugas polis.
Wan Rohimi hadir kira-kira jam 5 petang dan proses memberi keterangan selesai dalam tempoh satu jam setengah.
Beliau berpuas hati dengan penyiasatan yang dibuat dan menyerahkan siasatan lanjut kepada pihak berkuasa.
“Apa yang ditanya ialah laluan konvoi dan saya jelaskan…semua orang tahu pun laluan ini, bukan rahsia bermula dari Masjid Muhammadi masuk ke (Jalan) PCB dsn keluar betul-betul bertentangan dengan ‘airport’.
“Kita tak mahu kacau ganggu dan trafik konvoi sangat tersusun kerana dipimpin oleh marsyal yang berpengalaman malah apa yang berlaku adalah kami tak jumpa satu pun sekatan jalan raya, tak lalu langsung.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Seramai 3,526 Penerima Manfaat Perumahan Kasih Johor Fasa 1 Dan 2 – MB
- Krisis Tenaga Global: Pemuda UMNO Johor Gesa Kerajaan Negeri Perkenal Pakej Rangsangan Ekonomi
- Puteri e-Biz Perkasa Usahawan Wanita Muda, Selaras Landskap Ekonomi Digital
Rizam Kecam Sekeras-kerasnya Hantaran Hina Institusi Diraja Selangor
“Sebab itu kita tak mencabar pihak berkuasa cuma bila nak sampai ke jalan Pengkalan Chepa, ada dua atau tiga sekatan di sebelah sana (seberang jalan) sempat angkat tangan dan lambai pada polis tanda terima kasih,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Wan Rohimi berkata, yang menjadi isu utama adalah penggunaan istilah ‘kena bbodo’ yang digunakannya semasa memberi ucapan sebaik kumpulan konvoi seramai kira-kira 150 peserta itu tiba di Pantai Sabak yang dikatakan memperlekeh pasukan penguatkuasa.
Katanya lagi, istilah yang disebutnya adalah bermaksud tipu muslihat dan bukannya makian atau dalam Bahasa Inggeris disebut ‘outsmart’ atau ‘outmaneuvered’.
“Antara soalan lain yang ditanya (polis) adalah mengapa saya menggunakan istilah berkenaan dan saya sebagai orang Melor yang berpengalaman selama 50 tahun sebagai anak Kelantan, istilah itu bukan maki orang tapi apabila siber trooper yang ‘spin’ kata kita maki polis.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KESEDAR Perkukuh Agenda Peneroka, Proses Pemilikan Tanah Dipacu Lebih Tersusun
- UMNO 80 Tahun: Dekati Generasi Digital, Penggerak Suara Anak Muda – Nurul Amirah
- Lawatan PM Ke Johor Diharap Perkukuh Keselarasan Kerajaan Persekutuan Dan Negeri – Onn Hafiz
Puteri e-Biz: Usaha Bantu Wanita Muda Fahami Realiti Ekonomi Semasa – Nurul Amal
“Rakaman video itu diambil dari jauh dan bukan peserta sebaliknya ada yang sabotaj dan keluar dalam sebuah page, nak melaga-lagakan dengan polis. Saya tak tahu lagi apa progres kemudian tapi bahagian saya sudah jelaskan sepenuhnya,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan polis Kelantan membuka siasatan terhadap individu yang mengeluarkan kenyataan memperlekeh pasukan keselamatan itu, berhubung video tular berkaitan penganjuran konvoi motosikal petang kelmarin.
Siasatan berkenaan dibuka mengikut tiga seksyen iaitu Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.
Kelmarin, ‘Konvoi dan Lepak Anak Muda Bersama YB YB’ anjuran Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) dan Pemuda Pas Kelantan mendapat kecaman hebat di media sosial susulan atur cara program terbabit menyatakan antara lokasi yang akan dikunjungi ialah LTSIP (Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra) Pengkalan Chepa.
ADUN Melor selesai beri keterangan kes perlekeh anggota polis
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Era AI Ubah Corak Undian, Azalina Seru Perkukuh Kemahiran Digital
- UMNO/BN Perlu Lakukan Perubahan, Bijak Urus Persepsi Rakyat – Ahmad Zahid
- Sekolah Digital UMNO Perkukuh Komunikasi Jentera Parti
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO Hormati Keputusan ADUN Negeri Sembilan, Teliti Implikasi Politik – Ahmad Zahid
You must be logged in to post a comment.