Hubungan Abang Viva, isteri pula didakwa retak

Tangkap layar hantaran yang dibuat Evanova di media sosial miliknya.

Hero banjir yang dikenali sebagai Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar dikhabarkan sedang mengalami krisis rumahtangga bersama isterinya, Evanova Zakaria.

Perkara tersebut tersebar selepas Evanova serta Abang Viva dilihat saling membalas komen di media sosial masing-masing seolah-olah memberi bayangan hubungan mereka berdua sedang mempunyai masalah.

Terdahulu, Azwan telah menaikkan satu status di Instagram miliknya seperti meluahkan tentang masalah pengorbanan yang kononnya sedang dilalui isterinya.

Namun difahamkan status tersebut telah dibuang selepas itu.



Dalam pada itu, Evanova turut menaikkan satu status bagi membalas status asal Azwan yang mana antara lain menjelaskan tentang apa yang dilalui dan pengorbanan apa yang telah dilakukannya.

“Betul aku kecewa. Nak aku senaraikan pengorbanan aku… tak senarai.. Cukup aku cakap, aku ada dengan kau sampai anak aku ambil lesen pun dia sorang-sorang.

“Sampai gagal budak tu.. Kali ke tiga baru aku teman baru boleh lulus. Lain-lain kau tepuk dada la mungkin aku belum cukup baik buat kau, cari lah yang lebih baik, aku penat,” tulisnya.

Sebelum ini, difahamkan Azwan melalui satu ‘live’ di TikToknya telah memberi gambaran bahawa dia akan keluar dari rumah dan ingin tinggal berasingan denga isterinya



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa cium Siti Saleha?



Individu dakwa Fatin Umaidah dibuang keluarga kerana kahwin dengan Alif Teega

Cium Mimi, Meerqeen beri penjelasan



Tony Eusoff nafi video lucah itu miliknya



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker