Zahid nafi letak jawatan, hidap kanser

Zahid nafi letak jawatan, hidap kanser

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan beliau akan meletakkan jawatan seperti dakwaan pihak tertentu.
Ia dikaitkan dengan status kesihatan Ahmad Zahid.

“Saya sendiri pun tak tahu akan melakukan perkara tersebut (meletakkan jawatan),” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Peluncuran Rancangan Hala Tuju Transformasi Politeknik 2023-2030 di sini pada Isnin.



Menurutnya, prosedur yang dijalani beliau baru-baru ini adalah pembedahan prostat dan bukannya menghidap penyakit kanser prostat.
“Semua orang lelaki ada prostat ada sama ada besar atau kecil.

“Tapi janganlah buat spekulasi yang macam-macam,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai dakwaan Raja Petra Raja Kamarudin bahawa Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO akan meletakkan jawatan kerana menghadapi masalah kesihatan.

Ahmad Zahid berkata, beliau kembali sihat dan kembali bekerja selepas selesai menjalani prosedur berkenaan.



“Alhamdulillah saya sihat atas doa semua termasuk orang yang mendoakan saya melakukan perkara yang tidak pernah fikirkan,” katanya.

Jumaat lalu, Ahmad Zahid kembali bertugas dengan menghadiri mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas tempoh berehat setelah menjalani pembedahan baru-baru ini.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, dilihat hadir dalam bilik mesyuarat dalam keadaan ceria ketika membuat pendaftaran Identiti Digital Nasional atau Digital ID.

Pada 19 November lepas, anak sulung beliau Datuk Nurulhidayah menerusi hantaran di Instagram, mengesahkan bapanya dalam keadaan sihat selepas menjalani prosedur pembedahan yang diadakan pada 14 November lalu. Sinar



Zahid nafi letak jawatan, hidap kanser

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa cium Siti Saleha?



Individu dakwa Fatin Umaidah dibuang keluarga kerana kahwin dengan Alif Teega

Cium Mimi, Meerqeen beri penjelasan



Tony Eusoff nafi video lucah itu miliknya



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker