Babak ciuman, Hun Haqeem & Daiyan Trisha dikecam netizen

Babak ciuman, Hun Haqeem & Daiyan Trisha dikecam

PELAKON Hun Haqeem dan Daiyan Trisha dikecam netizen susulan video yang dilihat melakukan babak bercium dalam drama terbaharu mereka iaitu W Two Worlds.

Menerusi aksi yang dimuat naik semula di TikTok, Daiyan yang memegang watak sebagai Izara dilihat menampar muka Hun yang membawa karakter Aliff, sebelum bertindak mencium aktor tersebut.



Walau bagaimanapun, aksi ciuman tersebut dihalang oleh salah satu watak lain dilakonkan oleh Elizabeth Tan yang bertindak melapik mulut aktres itu dengan sehelai pakaian.

Walaupun mereka tidak bercium terus dari mulut ke mulut namun adegan itu dilihat kurang senang serta mengundang kritikan daripada netizen kerana didakwa melanggar batas agama.

“Dah la dua-dua pelakon muslim lepas itu buat scene macam ini? kalau nak buat babak macam ini baik ambil pelakon bukan muslim je.

“Kenapa nak juga ambil babak bercium tu?



“Walaupun berlapik tapi tetap bersentuhan bibir tu, Ya Allah,” antara komen yang ditinggalkan oleh warganet.

Untuk info, drama tersebut diadaptasi daripada drama popular Korea Selatan dengan judul yang sama. Drama ini juga turut dibintangi pelakon antaranya Mierul Aiman, Tony Eusoff, Faizal Hussien dan ramai lagi. Utv

Babak ciuman, Hun Haqeem & Daiyan Trisha dikecam netizen

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa cium Siti Saleha?

Individu dakwa Fatin Umaidah dibuang keluarga kerana kahwin dengan Alif Teega



Cium Mimi, Meerqeen beri penjelasan

Tony Eusoff nafi video lucah itu miliknya



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker