Kes demam denggi di Ipoh meningkat lebih 300 peratus

Kes demam denggi di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mencatatkan peningkatan 306.2 peratus atau 1,974 kes dari Januari hingga 25 Nov lepas, berbanding 486 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, satu kes kematian turut dilaporkan sepanjang tempoh berkenaan.

“Kes demam denggi meningkat akibat faktor pergerakan orang ramai secara meluas menyebabkan risiko jangkitan demam denggi lebih tinggi dan cepat merebak.



“Faktor cuaca iaitu hujan yang berterusan juga menyebabkan peningkatan kepadatan nyamuk Aedes yang tinggi,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh Majlis Bulan November di sini hari ini.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



PAS ‘melompat’ dengan sokongan MP Bukit Gantang kepada PM

Tok Ram punya pasal, Alyah yang kena



Bersatu berpecah, menunggu karam – Mohd. Sharkar

Saya bukan muka T20 – Shuib



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker