Ketua Menteri P. Pinang dakwa tanah anak syarikat 1MDB kini bawah syarikat lain

Sidang DUN Pulau Pinang diberitahu, tiga bidang tanah di Air Itam yang pernah dimiliki anak syarikat 1MDB dipindahkan ke syarikat lain pada 2018.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, tanah itu dipindahkan kepada Ayer Itam Properties Sdn Bhd pada 17 April 2018.

Katanya, sekatan terhadap semua transaksi atas tanah 95ha itu hanya dibuat tiga bulan kemudian, iaitu pada 11 Jul tahun sama.

“Notis pelucuthakan difailkan atas tanah berkenaan atas permintaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi siasatan pengubahan wang haram,” katanya ketika menggulung perbahasan belanjawan negeri 2024.

Pendedahan Chow itu seminggu selepas beliau berkata tiada tanah di Pulau Pinang didapati didaftarkan atas nama 1MDB. Kenyataannya dibuat berdasarkan rekod pentadbiran tanah terkini.

1MDB mahu menukarkan hak milik tanah itu pada 2018, selepas anak syarikat terlibat bertukar nama daripada 1MDB RE (Ayer Itam) Sdn Bhd kepada Ayer Itam Properties Sdn Bhd.

Laporan sebelum ini menunjukkan tanah itu tidak pernah dipindahkan disebabkan kaveat atasnya.

Chow berkata, walaupun sekatan terhadap semua transaksi dilakukan menerusi kaveat pendaftar, pemilik tanah bebas membangunkannya selagi dibenarkan pihak berkuasa tempatan.

Katanya, saiz tanah itu besar, dan terpulang kepada kerajaan persekutuan untuk membangunkannya.

Semakan FMT dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia menunjukkan Ayer Itam Properties Sdn Bhd masih di bawah milikan Sentuhan Budiman Sdn Bhd, syarikat yang sebelum ini dilaporkan di bawah kawalan Kementerian Kewangan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAS ‘melompat’ dengan sokongan MP Bukit Gantang kepada PM

Tok Ram punya pasal, Alyah yang kena

Bersatu berpecah, menunggu karam – Mohd. Sharkar

Saya bukan muka T20 – Shuib

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker