Sabree Fadzil dedah hubungan dengan bekas isteri

Sabree Fadzil dedah hubungan dengan bekas isteri

Pelakon dan pengarah veteran, Sabree Fadzil, 61, bersyukur sejak dulu hingga kini dia masih menjalin hubungan baik dengan semua bekas isteri sebagai sahabat demi kegembiraan dan kebahagiaan anak-anak.

Difahamkan, Sabree atau nama sebenarnya Mohammad Taib@ Sabri Fadzil pernah berkahwin sebanyak enam kali, namun jodoh tidak panjang apabila ikatan pernikahan dibina itu berakhir dengan perceraian.



Sabree ketika ditemui berkata, dia bahagia dengan kehidupannya kini yang tidak sunyi ditemani anak-anak dan cucu.

Sabree mempunyai lima anak hasil perkahwinan lalu termasuk dengan pelakon, Aznah Hamid.

“Saya berkahwin dengan Aznah pada 1988 dan kami mempunyai seorang anak perempuan, Sabrina. Namun, kami bercerai pada 1991. Alhamdulillah, hubungan kami tetap baik-baik saja sebagai sahabat karib walaupun sudah lama berpisah.

“Kalau dulu, semasa hidup bersama sebagai pasangan, hubungan kami mungkin ada panasnya. Tapi, selepas berpisah, memang hubungan saya bersama Aznah dan bekas isteri yang lain menjadi baik sebagai sahabat kerana anak-anak. Syukur kepada Allah kerana mengaturnya dengan baik untuk kami,” katanya kepada Harian Metro.



Sabree berkata pada usia sekarang, anak bongsunya yang berusia 25 tahun saja yang belum berkahwin dan masih belajar. Empat lagi anaknya sudah berkahwin dan berkeluarga.

Sabree berkata, dia juga besan dengan Datuk M Nasir apabila anak ketiganya, Nadia Yasliza mendirikan rumah tangga dengan anak penyanyi legenda itu, Hidayat pada 2017 dan kini gembira melayan cucu lelaki.

“Alhamdulillah, hanya itu yang mampu saya ucapkan dengan kebahagiaan diberikan Allah ini,” katanya yang menjadi seorang daripada 15 artis veteran tanah air berusia 60 tahun menerima sumbangan Aidilfitri sebanyak RM1,000 oleh Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT), baru-baru ini.

Sabree yang masih aktif dalam karier seni dengak aktiviti kerja di belakang tabir, berkata, dia juga sering berkongsi video dan foto menarik di TikTok sejak beberapa bulan lalu.



“Sekarang, saya suka membuat video di majlis-majlis hiburan dihadiri dan berkongsi di TikTok. Alhamdulillah, dapat banyak juga tanda suka (likes) dan ‘view’ (jumlah tontonan) yang tinggi. Tak sangka, ramai orang menyukainya.

“Baru beberapa bulan ini saya buka akaun TikTok, dah dapat ‘followers’ (pengikut) seramai 30,000 orang. Malah, ada satu perkongsian video saya dapat lebih sejuta tontonan,” katanya mengakui masih kena banyak belajar lagi.

Sabree berkata, dia berasa terpanggil untuk membuka akaun TikTok selepas melihat ramai rakan artis veteran mempunyai akaun media sosial itu dan jumlah pengikut mereka juga semakin ramai.



Pada era 1980-an, Sabree popular dengan filem seperti Sayang, Wira Angkasa, Antara Dua Hati, Balada, Pelumba Malam, Bayangan Maut, Sengketa Cinta termasuk membintangi filem usaha sama Malaysia-Indonesia iaitu Pendekar Lembah Kuning, Pernikahan Berdarah dan Sumpahan Pocong.

Sabree Fadzil dedah hubungan dengan bekas isteri

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Puteri Sarah tunjuk bukti mesej Syamsul

Kalau saya dedah video tak senonoh tak nusyuz ke – Puteri Sarah



Sarah tukar perjanjian, minta amaun melampau – Syamsul

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker