RM5 juta daripada 2 syarikat, ahli perniagaan masuk akaun BERSATU
RM5 juta daripada 2 syarikat, ahli perniagaan masuk akaun BERSATU

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Khas Rasuah hari ini diberitahu terdapat kemasukan wang berjumlah RM5 juta daripada dua syarikat pembinaan dan kejuruteraan serta seorang ahli perniagaan ke dalam akaun BERSATU pada 2021 dan 2022.
Keterangan mengenai pembayaran itu diberikan Pengurus Cawangan CIMB Bukit Tunku, Herdayanti Md Hasan, 44 dan Penolong Pengurus Cawangan Maybank Kota Kemuning, Alfian Othman, 57.
Kedua-dua saksi memberikan keterangan pada perbicaraan kes salah guna kuasa dan pengubahan wang haram yang dihadapi bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Terdahulu, Herdayanti ketika membacakan pernyataan saksinya, empat transaksi membabitkan wang RM2 juta, RM1 juta dan masing-masing RM500,000 telah dikeluarkan melalui cek atas nama ahli perniagaan Datuk Azman Yusoff antara 24 September 2021 dan 3 November 2022.
Bagaimanapun, Herdayanti menjawab tidak pasti.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Umum Bantuan Tunai Tambahan RM75 Juta Bagi Pengguna Diesel
- UMNO Ke- 80: Digitalisasi Dan Transformasi Dekati Anak Muda – Nur Arina
- Kerajaan Negeri Johor Selaras Isu Rakyat, Pastikan Tindakan Lebih Fokus dan Berimpak
Agama Bukan Alat Untuk Raih Sokongan Politik Murahan – Shaiful Hazizy
Sementara itu, Alfian dalam keterangannya pula berkata, pada 21 Februari 2022, syarikat Nepturis Sdn Bhd telah membuat transaksi RM1 juta melalui cek, dan berdasarkan kepada dokumen imej cek, menunjukkan ia dibayar kepada BERSATU.
Ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nur Iman Wan Ahmad Afzal pada sesi pemeriksaan utama, saksi kelapan pendakwaan itu berkata beliau telah diminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyediakan dokumen dalam perbicaraan kes berkenaan.
Sementara itu ketika disoal balas, Alfian bersetuju dengan cadangan Amer Hamzah bahawa transaksi berkenaan tidak dibuat untuk Muhyiddin.
Amer Hamzah: Kalau kita rujuk kepada kesemua penyata yang dibekalkan Maybank kepada SPRM, saya cadangkan tidak ada satu sen pun pembayaran dari Nepturis kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin?
Alfian: Setuju
Amer Hamzah: Dan setuju ia hanya kepada parti BERSATU?
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Ke-80: Reset Untuk Kembali Segar, Relevan Dalam Landskap Politik Semasa
- Puteri UMNO Adaptasi Aspirasi Anak Muda, Bukan Masa Bernostalgia
- Keyakinan Terhadap Najib Razak Tidak Luntur, Hadapi Perbicaraan – Ahmad Maslan
UMNO Cawangan Perlu Jadi “Rumah Bangsa”, Dekat Dengan Isu Rakyat
Alfian: Setuju.
Amer Hamzah: Pembayaran kepada Nepturis melalui cek itu telah direkodkan dan ianya telus serta tiada apa yang diselindungi.
Alfian: Setuju.
Herdayanti dan Alfian memberikan keterangan terhadap Muhyiddin, 78, yang ketika itu memegang jawatan Perdana Menteri dan Presiden BERSATU, berdepan empat tuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM225.3 juta berkaitan Projek Jana Wibawa.
Suapan itu daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd serta Datuk Azman Yusoff bagi parti BERSATU.
Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra di Putrajaya antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.
Pertuduhan itu mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Ahli Parlimen Pagoh itu turut berdepan tiga pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM200 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke akaun Ambank dan CIMB Bank milik BERSATU di cawangan bank berkenaan di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur antara Februari 2021 dan Julai 2022.
Perbicaraan di hadapan Hakim Noor Ruwena Md Nurdin bersambung 28 April ini.
Mahkamah Tinggi Khas Rasuah hari ini diberitahu terdapat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perkukuh Komunikasi Dengan Anak Muda, Dekati Mengikut Keperluan Mereka – Mohd Ridhwan
- 80 Tahun UMNO: Kerja Lebih Keras Dan Bijak, Bukan Bergantung Pada Nostalgia – Syed Hussein
- Suraya Yaacob Dilantik Setiausaha Penerangan UMNO Malaysia
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan Perlekeh Keadaan Semasa, Simpati Nasib Rakyat – Mohd Razlan
You must be logged in to post a comment.