Seorang bakal didakwa, lima dikompaun RM25,000 sebar berita palsu kenaikan harga bahan api – MCMC
Seorang bakal didakwa, lima dikompaun RM25,000 sebar berita palsu kenaikan harga bahan api – MCMC

KUALA LUMPUR: Seorang individu akan didakwa manakala lima lagi dikenakan kompaun susulan kes penyebaran berita palsu mengenai kenaikan harga bahan api berkaitan krisis di Asia Barat.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam kenyataan, hari ini memaklumkan pihaknya sudah menerima keputusan daripada Jabatan Peguam Negara berhubung kertas siasatan kes berkenaan.
“Jabatan Peguam Negara memutuskan satu kes untuk didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang, lima kes ditawarkan kompaun, dan empat kes diberikan Surat Amaran.
“Susulan itu, MCMC mengeluarkan lima tawaran kompaun kepada individu terbabit dengan nilai kompaun sebanyak RM25,000 setiap seorang,” menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, semua tindakan berkenaan hasil siasatan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Umum Bantuan Tunai Tambahan RM75 Juta Bagi Pengguna Diesel
- UMNO Ke- 80: Digitalisasi Dan Transformasi Dekati Anak Muda – Nur Arina
- Kerajaan Negeri Johor Selaras Isu Rakyat, Pastikan Tindakan Lebih Fokus dan Berimpak
Agama Bukan Alat Untuk Raih Sokongan Politik Murahan – Shaiful Hazizy
“Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
“Orang ramai diingatkan agar sentiasa menggunakan platform digital secara bertanggungjawab dan tidak menyebarkan kandungan yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat serta ketenteraman awam,” katanya.
Seorang bakal didakwa, lima dikompaun RM25,000 sebar berita palsu kenaikan harga bahan api – MCMC
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perkukuh Komunikasi Dengan Anak Muda, Dekati Mengikut Keperluan Mereka – Mohd Ridhwan
- 80 Tahun UMNO: Kerja Lebih Keras Dan Bijak, Bukan Bergantung Pada Nostalgia – Syed Hussein
- Suraya Yaacob Dilantik Setiausaha Penerangan UMNO Malaysia
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan Perlekeh Keadaan Semasa, Simpati Nasib Rakyat – Mohd Razlan
You must be logged in to post a comment.