8 rumah terbakar di Kudat, seorang lelaki melecur

8 rumah terbakar di Kudat, seorang lelaki melecur

8 rumah terbakar di Kudat, seorang lelaki melecur
Anggota bomba memadamkan kebakaran membabitkan lapan rumah di Kampung Gumpa. – Foto ihsan bomba
8 rumah terbakar di Kudat, seorang lelaki melecur
Anggota bomba memadamkan kebakaran membabitkan lapan rumah di Kampung Gumpa. – Foto ihsan bomba

KUDAT: Lapan rumah terbakar di Kampung Gumpa, di sini, pagi tadi dengan seorang lelaki berusia 46 tahun melecur pada bahu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, lima rumah separuh kekal terbakar 90 peratus, dua rumah tidak kekal musnah sepenuhnya, manakala sebuah lagi rumah jenis kekal hanya terbakar 10 peratus.

Sebuah kereta jenis Proton Satria dan dua motosikal turut rentung.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat, Darikson Galanang berkata lelaki yang melecur diberi rawatan awal oleh pasukan bomba.

Kebakaran dapat dikawal jam 11.47 pagi hasil operasi membabitkan 25 anggota, dengan dibantu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kampung Air Kudat, Polis Diraja Malaysia dan Sabah Electricity.

‎Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

8 rumah terbakar di Kudat, seorang lelaki melecur

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan Perlekeh Keadaan Semasa, Simpati Nasib Rakyat – Mohd Razlan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker