Letupan peralatan industri di kilang besi di Gebeng, 4 cedera

Letupan peralatan industri di kilang besi di Gebeng, 4 cedera

Letupan peralatan industri di kilang besi di Gebeng, 4 cedera
– Foto hiasan

KUANTAN: Empat lelaki termasuk tiga warga asing cedera dalam letupan membabitkan peralatan industri di sebuah kilang besi di kawasan perindustrian Gebeng, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah, berkata kejadian itu berlaku kira-kira jam 9.30 pagi, dengan empat mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, menggunakan ambulans syarikat.

“Siasatan awal mendapati kejadian berpunca satu letupan membabitkan peralatan industri dalam premis.

“Polis sedang bekerjasama dengan pihak berkaitan termasuk pengurusan kilang dan agensi keselamatan serta kesihatan pekerjaan untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian,” katanya.

Letupan peralatan industri di kilang besi di Gebeng, 4 cedera

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan Perlekeh Keadaan Semasa, Simpati Nasib Rakyat – Mohd Razlan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker