4 penyamun serbu kedai emas, larikan 15kg barangan kemas RM9.5 juta di Brickfields
4 penyamun serbu kedai emas, larikan 15kg barangan kemas RM9.5 juta di Brickfields

KUALA LUMPUR: Empat lelaki termasuk dua bersenjatakan pistol menyerbu sebuah kedai emas di Jalan Tun Sambanthan dekat Brickfields, di sini dan melarikan pelbagai barangan kemas bernilai kira-kira RM9.75 juta.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi tadi dengan semua suspek yang belum dikenal pasti identiti melarikan 21 dulang emas dari premis itu membabitkan anggaran berat 15 kilogram (kg).
“Empat suspek bersenjatakan dua pistol yang identitinya belum dikenal pasti menyerbu masuk premis dan melarikan 21 dulang emas.
“Suspek turut melarikan selaras senapang patah milik pengawal keselamatan bersama sebutir peluru,” katanya.
Menurut Fadil, kes kini masih dalam siasatan dan usaha mengesan semua suspek sedang giat dijalankan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Umum Bantuan Tunai Tambahan RM75 Juta Bagi Pengguna Diesel
- UMNO Ke- 80: Digitalisasi Dan Transformasi Dekati Anak Muda – Nur Arina
- Kerajaan Negeri Johor Selaras Isu Rakyat, Pastikan Tindakan Lebih Fokus dan Berimpak
Agama Bukan Alat Untuk Raih Sokongan Politik Murahan – Shaiful Hazizy
Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999, atau mana-mana balai polis berhampiran
Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan bersenjata.
4 penyamun serbu kedai emas, larikan 15kg barangan kemas RM9.5 juta di Brickfields
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perkukuh Komunikasi Dengan Anak Muda, Dekati Mengikut Keperluan Mereka – Mohd Ridhwan
- 80 Tahun UMNO: Kerja Lebih Keras Dan Bijak, Bukan Bergantung Pada Nostalgia – Syed Hussein
- Suraya Yaacob Dilantik Setiausaha Penerangan UMNO Malaysia
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan Perlekeh Keadaan Semasa, Simpati Nasib Rakyat – Mohd Razlan
You must be logged in to post a comment.