Zul Ariffin takkan tanya Ruhainies

Isu khalwat Ruhainies dan Aliff Aziz.

Zul Ariffin takkan tanya Ruhainies

Menganggap apa yang berlaku kepada ‘pasangannya’ dalam drama Wifi Sebelah Rumah, Ruhainies sebagai tiada kena mengena dengannya, pelakon bertubuh sasa, Zul Ariffin memilih tidak ikut campur urusannya.

Sebaliknya, Zul memilih mengasingkan diri dan hanya memerhati daripada jauh kes tangkap khalwat antara Ruhainies bersama penyanyi Singapura, Aliff Aziz.



Zul berkata, sejak kontroversi itu ‘meletus’ dia tidak pernah menghubungi pelakon wanita itu kerana menganggap dirinya bukan calon sesuai untuk memberi nasihat.

“Saya tak pernah hubungi Ruhainies. Dan saya juga bukanlah orang yang layak untuk memberikan apa-apa pendapat.

“Kita anggap benda ini satu ujian dan musibah, pastinya ada hikmah disebaliknya,” katanya yang ditemui pada majlis sidang media Masa Angugerah Terindah Astro, di Petaling Jaya, malam tadi.

Menurut Zul lagi, dia tidak mahu membuang pahala pada bulan Ramadan kerana melihat ramai yang berbuat demikian selepas isu itu menjadi perdebatan ramai sejak awal lagi.



Katanya, dia hanya mengetahui berita yang menimpa Ruhainies dan Aliff melalui media.

“Saya hanya tahu apa yang berlaku melalui laporan daripada media massa.

“Untuk saya tanya depan-depan atau hubungi Ruhainies semata-mata nak tahu, memang takkan berlaku walaupun kami teman baik.

“Kita tak tahu mungkin dia perlukan ruang atau masa untuk fikir, lagipun ia bukan benda seronok,” katanya.



Ujar Zul lagi, apa boleh dilakukan ketika ini hanyalah mendoakan yang terbaik buat rakannya itu.

“Kita doakan yang terbaik sahaja. Ini membabitkan kisah peribadi orang, jadi saya takut nak komen panjang, lebih baik saya jaga lidah,” katanya.

Pada 8 Mac lalu, Ruhainies ditahan bersama Aliff oleh anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) atas dakwaan khalwat.

Ruhainies dan Aliff masing-masing tampil memohon maaf susulan insiden itu. BH



Zul Ariffin takkan tanya Ruhainies

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Shidee yang ditahan polis



Safee Sali mengaku kahwin lain

Hans Isaac tak malukah – PN



Lantikan penjawat awam baharu setara sistem pencen

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker