Akmal harap diberi kekuatan pertahan agama Allah

Akmal harap diberi kekuatan pertahan agama Allah

Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh menegaskan, beliau lebih rela tidak dipilih di pilihan raya daripada tidak membuat apa-apa ketika agama Islam dihina.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu berkata, beliau berharap diberi kekuatan untuk mempertahankan agama Allah.



Katanya, dia terkedu apabila ada pihak menganggap tindakannya mempertahankan agama Islam dianggap sebagai membuat kecoh.

“Malah, lebih teruk apabila agama kita dihina masih ada yang memikirkan perlu menjaga undi pilihan raya.

“Saya lebih rela tidak dipilih dipilihanraya dari tidak membuat apa-apa ketika agama Islam dihina.

“Moga Allah beri kita kekuatan untuk mempertahankan agama Allah ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.



Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap kenyataan Pensyarah Sains Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Ahmad Fauzi Abdul Hamid yang menyatakan publisiti politik Akmal sekiranya diteruskan, berpotensi merugikan kerajaan.

Pada hantaran di laman sosial itu, Akmal turut menyertakan petikan kenyataan Ahmad Fauzi yang disiarkan di sebuah laman portal.

Menurut laporan itu, Ahmad Fauzi dipetik berkata, kemungkinan besar pengundi akan berasa kecewa, khususnya penyokong bukan Melayu di belakang PH.

Pada masa sama beliau berkata, wajar untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersikap lebih tegas mengawal Akmal agar perbuatannya tidak memburukkan imej kerajaan.



Katanya, perkara itu perlu diperhatikan, kerana pengundi bukan Melayu menyumbang undi yang besar kepada PH.

Sehingga kini Akmal masih belum memberi respon kepada kenyataan Khairy Jamaluddin yang mahu Akmal untuk menghentikan tindakannya sekarang.

Akmal harap diberi kekuatan pertahan agama Allah

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Shidee yang ditahan polis

Safee Sali mengaku kahwin lain



Hans Isaac tak malukah – PN

Lantikan penjawat awam baharu setara sistem pencen



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker