Badan saya berisi sahaja – Diana tolak pembedahan bariatik

Badan saya berisi sahaja – Diana tolak pembedahan bariatik

Tidak mahu mengambil risiko, pelakon dan penyanyi Diana Danielle menolak melakukan pembedahan bariatrik semata-mata untuk kurus.

Diana Danielle Danny Beeson, 33, mendedahkan menerima tawaran melakukan kaedah itu melalui mesej langsung (DM) dalam Instagram, namun tidak memberikan sebarang respon.



Pada masa sama, suaminya, Farid Kamil turut melarang pelakon filem Imaginur itu melakukan pembedahan bariatrik hanya kerana inginkan kurus ekspres.

“Waktu terima DM itu, timbul pertanyaan dalam hati, teruk sangat ke badan saya? Setahu saya, hanya berisi sahaja.

“Walaupun ditawarkan jalani pembedahan secara percuma, tapi tak mengapalah sebab masalah saya bukannya tak boleh turunkan berat langsung.



“Saya hanya kekurangan motivasi kerana saya suka makan dan tak suka berlapar. Bagi saya, buat benda itu (bariatrik) agak keterlaluan,” katanya yang ditemui pada majlis pelancaran makanan kesihatan, Zenso, di sini, semalam.

Diana berkata, berat badan ideal boleh dicapai dengan melakukan diet pemakanan dan gaya hidup sihat tanpa perlu membabitkan pembedahan.

“Bagi saya, kalau kita tahu cara nak kurus, proses ini tak ambil masa lama. Jaga makan, selalu aktif dan cukup tidur.

“Tahan sedikit kehendak diri, berat badan yang diidamkan tercapai, tapi mungkin ada orang yang jalani bariatrik sebab masalah kesihatan dan ada juga yang mungkin mahukan jalan mudah.



“Memanglah kaedah ini dapat turunkan berat dengan cepat, tapi tentu ada implikasi, lebih lagi bagi orang muda. Bila sudah ‘robek’ perut, kita tak tahu macam mana masa depan.

“Setiap orang mempunyai keadaan berbeza, kalau badan tak besar sangat masih ada jalan lebih selamat,” katanya.

Sementara itu, Farid berpendapat bariatrik bukan jalan selamat untuk menguruskan badan, justeru melarang isteri melakukannya.

“Saya tak benarkan sebab potong usus adalah perkara yang melampau. Kita yang buatkan diri jadi gemuk, jadi kitalah yang kena kuruskan.



“Tidak ada kaedah lain melainkan kesedaran, lagipun saya melihat lebih banyak kesan tidak baik daripada kelebihan.

“Lagipun saya pernah lihat perut rakan yang melakukannya berlubang-lubang dan kelihatan pelik,” katanya.

Badan saya berisi sahaja – Diana tolak pembedahan bariatik

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Shidee yang ditahan polis

Safee Sali mengaku kahwin lain



Hans Isaac tak malukah – PN

Lantikan penjawat awam baharu setara sistem pencen

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker