Datuk Red dah ‘gedebuk’ baru sedar

Datuk Red dah ‘gedebuk’ baru sedar

“Jangan jadikan saya sebagai contoh. Jangan jadikan saya idola. Bila dah senang, lupa diri. Bila dah jatuh ‘gedebuk’ ni, baru acah-acah sedih. Baru acah-acah islamik. Baru nak sedar, padan muka!”

Ini kata suami kepada penyanyi, Adira iaitu Datuk Red dalam satu hantaran video di TikTok, hari ini, merujuk kepada dirinya yang kini mengalami kesusahan selain tidak memiliki pekerjaan selepas diisytiharkan muflis sejak 2019.



Semalam, Datuk Red memuat naik hantaran di TikTok memaklumkan dia dalam usaha mencari pekerjaan dan meminta bantuan mana-mana pihak sekiranya sudi membantu.

“Misi mencari pekerjaan. Harap ada yang sudi.” tulisnya.

Menurutnya, tujuan dia mencari pekerjaan adalah untuk mendapatkan wang bagi menyara keluarga dan melunaskan hutang.

“Terima kasih semua. Saya nak mencari rezeki yang halal demi anak-anak dan membayar hutang. Semoga tuan-tuan semua dimurahkan rezeki,” katanya.



Dia turut mendedahkan baru-baru ini terpaksa meminjam wang daripada Adira untuk membeli juadah berbuka puasa untuk tiga orang anaknya yang juga anak-anak isteri pertamanya.

Tindakan itu nyata mengundang pelbagai reaksi netizen yang bersimpati dengan nasibnya itu.

Dalam perkongsian di TikTok hari ini, Datuk Red berkata, dia terharu dan mengucapkan terima kasih terhadap netizen yang bersimpati dan prihatin dengan nasibnya.

“Saya tengok-tengok komen di TikTok baru saya ini. Ada yg mendoakan saya semoga saya terlepas dari permasalahan ini.



“Allahuakbar. Saya tak kenal pun tuan-tuan dan puan-puan. Tak pernah pun jumpa, malah nama pun tak pernah dengar. Tapi anda semua doakan saya. Alhamdulillah, baik betul,” katanya.

Datuk Red berkata, ketika bersahur di restoran mamak hari ini, ada individu yang tolong membayarkan bil makanannya.

“Bila saya nak bayar di kaunter, mereka cakap ada orang sudah tolong bayarkan. Saya tak tau siapa sebab dia tak jumpa pun saya kata dah bayar.

“Ramai juga orang Malaysia yang baik hati ya. Kepada orang yang bayarkan makanan saya tadi, yang mendoakan saya dan yang bersimpati dengan saya, saya doakan anda semua dimurahkan rezeki dan menjadi orang berjaya,” katanya.



Datuk Red berkata, dia tidak marah atau kecewa dengan nasibnya sekarang.

“Terima saja, tiada masalah. Yang penting, salahkan diri sendiri,” katanya.

Datuk Red dan Adira berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Pada 25 Oktober tahun lalu, Adira memfailkan perceraian ke atas suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat Rawang, Selangor kerana tiada persefahaman.



Adira pernah memfailkan perceraian pada tahun 2019, namun menarik semula permohonan itu demi anak-anak.

Mereka dikurniakan empat anak iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4 dan Ayob yang kini berusia setahun.

Dalam pada itu, perkahwinan Datuk Red bersama isteri pertamanya iaitu Datin Red mempunyai lima anak. BH

Datuk Red dah ‘gedebuk’ baru sedar



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Shidee yang ditahan polis

Safee Sali mengaku kahwin lain

Hans Isaac tak malukah – PN

Lantikan penjawat awam baharu setara sistem pencen

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker