Pindaan RUU Akta 355, Menteri Agama akan bincang dengan PM

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan membincangkan dengan Perdana Menteri terlebih dahulu mengenai cadangan membentangkan Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.

Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata ia sama seperti dalam perancangan sebelum ini.

“Saya akan bincang dengan Perdana Menteri berkaitan ini. Seperti mana kita sedia maklum kita akan bawa semula cadangan Rang Undang-Undang 355 ini pada Kabinet baru untuk dapat keputusan dasar sebelum dibawa ke Parlimen,” katanya selepas majlis Perasmian Karnival Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Taman Tasik Titiwangsa hari ini.



Majlis itu disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut hadir, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Pengerusi MAIWP, Syed Kamarulzaman Syed Kabeer.

Mengulas lanjut, Mohd Na’im berkata, setakat ini sedang diadakan adalah sesi libat urus yang dilakukan bahagian undang-undang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Semua pihak terbabit khususnya di peringkat negeri iaitu Majlis Agama Islam negeri, Mahkamah Syariah negeri dan Jabatan Agama Islam negeri sudah dijemput untuk menghadiri sesi libat urus tersebut.



“Saya difahamkan Ketua Pengarah JAKIM, sesi libat urus ini kini di peringkat akhir tetapi laporan belum disediakan namun mereka akan sediakan laporan libat urus kepada saya,” katanya.

Sementara itu, berkenaan kritikan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengenai keputusan Mahkamah Persekutuan yang memihak petisyen difailkan peguam Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid, beliau berkata semua pihak perlu menghormati keputusan mahkamah.

Sama seperti titah oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).

“Saya rasa saya kembali kepada perintah Tuanku Sultan Selangor sebagai Pengerusi MKI yang bertitah supaya kita semua tanpa ada sebarang pengecualian menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan.



“Jadi saya harap dengan titah yang jelas daripada Tuanku yang menyatakan kita semua kena hormati keputusan Mahkamah Persekutuan dan keputusan mahkamah itu tidak lain tidak bukan seperti mana dijelaskan Perdana Menteri.

“Itu hakikat yang perlu diterima,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Che Ta naikkan elaun mekap Aaisyah RM250 seminggu

Beras Madani ini apa, Ameer Mydin bidas Syed Abu Hussin



Ali Puteh dah cukup duit bayar saman Hidayah

Kedai coli ‘perangkap’ orang alim



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker