Pandelela salahkan media kerana salah ‘tafsir’

KUALA LUMPUR: Ratu terjun negara, Pandelela Rinong menjelaskan isu “entiti” dengan menyatakan bahawa kata-katanya itu disalah tafsir oleh media sehingga menimbulkan spekulasi dan salah faham.

“Isu-isu ini berkaitan dengan latihan. Bagaimanapun, ia telah diterjemahkan kepada istilah seperti ‘entiti’ dan ‘pihak ketiga,’ yang sangat mengelirukan orang ramai.

“Saya tidak mempunyai sebarang platform lain untuk menjelaskan perkara ini kepada orang ramai. Oleh itu memutuskan untuk membuat kenyataan ini bagi menjelaskan keadaan. Saya harap perkara ini akhirnya dapat dihentikan,” katanya di Facebook.



Prestasi hambar skuad terjun negara pada Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar, minggu lalu, menyaksikan penerjun gagal melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2024 di Paris, yang dijadualkan berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos ini.

Walaupun menyebut terdapat isu apabila ditanya media sejurus tibanya dari Doha, Pandelela, 30, berkata beliau tidak boleh menghuraikan perkara itu tanpa terlebih dahulu berjumpa dengan pihak berkaitan untuk menjalankan pascanilai.

Kelmarin, Setiausaha Agung Persekutuan Renang Malaysia (MAS), Andy Low berkata mereka akan memulakan siasatan berhubung dakwaan Pandelela yang mendakwa wujud kemelut dalaman sehingga menyebabkan skuad terjun beraksi hambar di Doha.

Bagaimanapun, Low, yang sebelum ini bertemu Pandelela pada hari sama, enggan mendedahkan sebarang butiran sehingga siasatan selesai kerana ia perlu dibentangkan dalam mesyuarat pemulihan sebelum dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Kerja bersama Majlis Sukan Negara (MSN).



Di Doha, Malaysia menghantar 13 penerjun termasuk Pandelela, Nur Dhabitah Sabri, Wendy Ng dan Ooi Tze Liang bagi memburu tiket ke Sukan Olimpik Paris.

Bagaimanapun, tiada seorang pun penerjun negara melayakkan diri ke Paris menerusi kejohanan berkenaan.

Penerjun lelaki, Bertrand Rhodict Lises menjadi penerjun tunggal negara yang berjaya menempah tiket ke Paris menerusi acara 10m platform individu ketika beraksi di Kejohanan Akuatik Dunia di Fukuoka, Jepun, tahun lalu.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Che Ta naikkan elaun mekap Aaisyah RM250 seminggu



Beras Madani ini apa, Ameer Mydin bidas Syed Abu Hussin

Ali Puteh dah cukup duit bayar saman Hidayah



Kedai coli ‘perangkap’ orang alim

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker