Israel mula bom Rafah, hospital terbesar Gaza sasaran utama

Israel mula bom Rafah, hospital terbesar Gaza sasaran utama

Hospital terbesar yang masih berfungsi di Gaza dikepung pada Jumaat mengakibatkan doktor dan pesakit cemas, ketika pesawat rejim Israel terus membedil Rafah, benteng perlindungan terakhir penduduk Palestin di kawasan itu.

Menurut kenyataan rasmi, tentera Israel terus mengawal Hospital Nasser di bandar Khan Younis selepas menyerbunya awal Khamis.



Kementerian Kesihatan Gaza berkata lima pesakit di unit rawatan rapi (ICU) meninggal dunia pada Jumaat akibat terputus bekalan elektrik dan kekurangan oksigen, susulan serbuan itu.

Israel berkata, serbuan ke hospital dibuat selepas mendakwa pejuang Hamas bersembunyi di sana.

Pasukan Pertahanan Israel (IDF) berkata pada Jumaat tenteranya sudah menahan lebih 20 pejuang di hospital berkenaan, yang didakwa terlibat dalam serangan 7 Oktober lalu, sementara puluhan yang lain turut disoal siasat.

Hamas menafikan pejuangnya berada di hospital itu, menyifatkan dakwaan itu sebagai pembohongan yang bertujuan untuk menutupi kemusnahan yang dilakukan di hospital berkenaan.



Kementerian Kesihatan Gaza berkata hospital itu tidak menerima bekalan kuasa dan kekal tanpa elektrik pada Jumaat, sekali gus menjejaskan pesakitnya.

Namun, tentera Israel berkata, mereka sudah membaiki satu penjana kuasa elektrik dan menyediakan satu unit lagi, bagi memastikan semua sistem penting terus beroperasi.

Dua wanita hamil melahirkan anaknya pada Jumaat dalam keadaan sukar tanpa air, makanan dan tiada cara untuk memanaskan badan mereka yang berada dalam cuaca sejuk, kata jurucakap kementerian itu, Ashraf Al-Qidra.

Tambah Kementerian itu, tentera Israel yang bertindak menyerbu Hospital Nasser memaksa wanita dan kanak-kanak berkumpul di wad bersalin, kemudian ia dikawal pihak tentera.



Wanita pula tidak dibenarkan mengambil apa-apa barangan mereka.

Menurut kementerian itu, tentera Israel menghalang kemasukan konvoi bantuan di luar hospital, menyebabkan ia tidak dapat menghantar, biarpun mereka mendakwa menyediakan bantuan termasuk makanan bayi dan air.

Pencerobohan hospital itu menimbulkan kebimbangan kepada keadaan pesakit, pekerja perubatan dan pelarian rakyat Palestin yang berlindung di sana.


Imej satelit menunjukkan Rafah ketika hanya dihuni 200,000 penduduk (kiri) dan selepas dibanjiri hampir 1.2 juta pelarian Palestin dari Gaza.



“Masih terdapat pesakit yang cedera parah sedang mendapat rawatan di dalam hospital,” kata jurucakap Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tarik Jasarevic, sambil menyatakan kakitangannya cuba tiba di hospital selepas serbuan Israel itu.

“Terdapat keperluan mendesak untuk menghantar bahan api bagi memastikan perkhidmatan menyelamatkan nyawa dapat diteruskan,” katanya.

Kementerian Kesihatan Gaza berkata, kira-kira 10,000 orang mencari perlindungan di hospital awal minggu ini, namun ramai sudah beredar, sama ada kerana menjangkakan serbuan Israel atau kerana arahan Israel untuk berpindah.

Israel berkata tenteranya menemui peluru dan senjata di hospital, serta ubat-ubatan yang mengandungi nama beberapa tebusannya.



Sekurang-kurangnya dua tebusan Israel yang dibebaskan baru-baru ini menyatakan mereka ditahan di Nasser, bagaimanapun dinafikan Hamas. BH

Israel mula bom Rafah, hospital terbesar Gaza sasaran utama

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Che Ta naikkan elaun mekap Aaisyah RM250 seminggu

Beras Madani ini apa, Ameer Mydin bidas Syed Abu Hussin

Ali Puteh dah cukup duit bayar saman Hidayah

Kedai coli ‘perangkap’ orang alim

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker