Tragedi selfie dengan singa

Tragedi selfie dengan singa

Cubaan lelaki di India untuk berswafoto dengan singa mengundang bencana apabila dia dibaham haiwan itu ketika memasuki kandangnya di sebuah zoo di Andhra Pradesh, India.

Kisah itu menjadi bualan selepas mangsa Prahlad Gujjar, 38, berasal dari Alwar, Rajasthan meninggal dunia dalam kejadian di Taman Zoologi Sri Venkateswara, Triputi pada Khamis.



Lelaki berkenaan dikatakan memasuki kandang singa yang dinamakan Dongalpur itu dan cuba mengambil gambar dengannya, namun haiwan terbabit menyerang dan membaham Gujjar sebelum penjaga zoo sempat bertindak.

Polis membuka kertas siasatan terhadap kes itu, manakala bedah siasat ke atas mayat mangsa masih dijalankan.

Siasatan juga untuk mengenal pasti punca kejadian, termasuk sama ada lelaki itu masuk ke kandang singa dalam keadaan mabuk.

Untuk rekod, zoo itu mempunyai tiga ekor singa termasuk dua lagi yang dinamakan sebagai Kumar dan Sundari.



Dongalpur yang mula dipamerkan kepada awam Khamis lalu, kini dipindahkan ke sangkar dan dikurung di bawah pemerhatian. HM

Tragedi selfie dengan singa

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Che Ta naikkan elaun mekap Aaisyah RM250 seminggu

Beras Madani ini apa, Ameer Mydin bidas Syed Abu Hussin



Ali Puteh dah cukup duit bayar saman Hidayah

Kedai coli ‘perangkap’ orang alim



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker