Harga Beras Malaysia Madani akan disaingi ‘Beras Kedah’ dari Sanusi

PETALING JAYA: Kerajaan negeri berhasrat mengeluarkan “beras Kedah” yang akan dijual lebih murah berbanding harga pasaran untuk rakyatnya, kata Menteri Besar Sanusi Nor.

Sanusi berkata, pihaknya akan cuba mencari jalan merealisasikan hasrat itu supaya rakyat dapat menikmati “beras Kedah” pada harga murah.

“Kita cuba cari jalan untuk wujudkan ‘beras Kedah’ untuk rakyat negeri ini seperti kerajaan Terengganu wujudkan beras Ganu untuk rakyat mereka,” katanya menurut Kosmo.



Beliau ditemui selepas menyertai program berbasikal Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dan Menteri Besar (MB) Charity Ride di Merdeka Beach Resort, Sungai Petani.

Sanusi berkata, rakyat Kedah seharusnya berpeluang membeli beras pada harga lebih murah berbanding pasaran berikutan negeri itu menyumbang lebih 40% pengeluaran beras negara.

“Sepatutnya perkara ini dapat dilaksanakan di Kedah sebab kita pengeluar beras tetapi rakyat termasuk golongan petani yang mengusahakan sawah padi pun terpaksa beli beras pada harga mahal.

“Kalau nak laksanakan sekarang mungkin kementerian berkaitan tak benarkan tetapi kita akan cuba cari jalan untuk laksanakan perkara ini,” katanya.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Che Ta naikkan elaun mekap Aaisyah RM250 seminggu



Beras Madani ini apa, Ameer Mydin bidas Syed Abu Hussin

Ali Puteh dah cukup duit bayar saman Hidayah



Kedai coli ‘perangkap’ orang alim



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker