Zahid saman Muhyiddin atas dakwaan campur tangan

Zahid saman Muhyiddin atas dakwaan campur tangan

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi memfailkan saman fitnah terhadap bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin berhubung dakwaan yang dibuatnya ketika kempen pilihan raya negeri (PRN) Johor bulan lalu.

Menurut laporan The Edge, ia melibatkan dakwaan Muhyiddin bahawa Zahid telah meminta presiden Bersatu untuk campur tangan dalam kes mahkamahnya ketika beliau menjadi perdana menteri.

Bulan lalu, Muhyiddin mengulangi bahawa Zahid memintanya campur tanya dalam kes mahkamah melibatkan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.

Saman Zahid difailkan semalam oleh Tetuan Shahrul Hamidi & Haziq dan akan didengar di hadapan hakim Rozana Ali Yusoff, esok.

Zahid memohon injunksi agar Muhyiddin berhenti mengulangi dakwaannya serta ganti rugi teruk, am dan teladan.

Selain Zahid, Muhyiddin turut mendakwa bekas perdana menteri Najib Razak memintanya campur tangan dalam kes mahkamahnya.

Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, beliau menolak permintaan dua pemimpin Umno itu yang didakwa di mahkamah kerana tidak mahu campur tangan dalam hal ehwal kehakiman.

Namun, Zahid berkata, beliau sanggup bersumpah untuk menafikan dakwaan Muhyiddin dan mencabarnya melakukan perkara sama.

Najib turut menegaskan bahawa beliau tidak pernah meminta bantuan Muhyiddin untuk “membersihkannya” daripada tuduhan rasuah.

Zahid saman Muhyiddin atas dakwaan campur tangan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Solat Terawih Di Times Square New York

Alif Satar jutawan senyap

Kedai Makan Thai Terbaik Untuk Buka Puasa Di Selangor

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker