PAS dan PN baru tersedar daripada lena

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menyelar tindakan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengeluarkan kenyataan tidak mengetahui tentang petisyen terhadap Kerajaan Negeri Kelantan.

Beliau berkata, kenyataan itu bukan sahaja tidak bertanggungjawab malah langsung tidak munasabah.

“Adakah Perikatan Nasional (PN) dan Pas baru ‘tersedar daripada lena’ selepas tidak lagi menjadi kerajaan? Sebagai kerajaan yang memerintah pada 2022, PN mempunyai akses kepada maklumat berkaitan urusan negara.

“Apakah alasan mereka berpeluk tubuh pada waktu itu dan menimbulkan perkara ini sekarang?

“Adakah selama 33 bulan, Pas tidak mempunyai ‘masa’ untuk ‘memahami’ lebih jelas sama ada perkara ini mengancam kedaulatan Islam?” soalnya menerusi satu hantaran di Facebook pada Isnin.

Sebelum ini, peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya, Tengku Yasmin Natasha Tengku Abdul Rahman memfailkan petisyan terhadap Kerajaan Negeri Kelantan.

Nik Elin Zurina, 62, dan Tengku Yasmin Natasha, 26, memohon Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan 18 Seksyen Kesalahan Jenayah Syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 terbatal dan tidak sah.

Justeru, Mujahid mengingatkan kepada mana-mana ahli politik untuk menghentikan perbuatan yang boleh menimbulkan tuduhan jahat terhadap kerajaan.

Ujarnya, setiap parti politik perlu mengamalkan budaya politik matang dan sejahtera.

“Tidak perlu menanamkan persepsi dan menuduh seolah-olah kerajaan tidak menjaga undang-undang Syariah di negara ini.

“Hormatilah undang-undang dan cukup-cukuplah berpolitik. Perkara berkaitan undang-undang Syariah ini boleh diselesaikan secara objektif dan kolektif tanpa perlu menyebarkan fitnah dan menunggang isu agama,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

FD3: ‘Wahab’ jadi usikan Mas Idayu

GV10: Liza Hanim dapat ‘5M’ daripada Hetty Koes Endang

FD3: Syarif dan Syaiful juara minggu ke enam

GV10: Noryn Aziz tersingkir

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker