Pendapatan kurang RM4,000 sukar tampung keperluan asas

Pendapatan kurang RM4,000 sukar tampung keperluan asas

Bank Dunia mendapati lebih 60 peratus isi rumah berpendapatan rendah dengan gaji bulanan RM4,000 ke bawah di Malaysia tidak mempunyai sumber kewangan mencukupi untuk menampung keperluan asas mereka pada penghujung 2021.

Berdasarkan hasil Kaji Selidik Telefon Frekuensi Tinggi Bank Dunia (HiFy), ia berkata kebajikan isi rumah miskin dan rentan di negara ini kekal tidak menentu berikutan pelbagai kejutan yang melanda.

“Satu perempat daripada isi rumah dilaporkan mempunyai simpanan yang bertahan hanya tiga bulan atau kurang, manakala 16 peratus tidak mempunyai simpanan langsung,” kata Bank Dunia dalam Tinjauan Kemiskinan Makro Malaysia yang dikeluarkan, hari ini.

Dalam tinjauan itu, Bank Dunia berkata, kejutan daripada COVID-19, inflasi makanan serta bencana banjir boleh mengurangkan daya tahan golongan miskin dan rentan terhadap kejutan masa depan, seterusnya melebarkan lagi ketidaksamaan sosioekonomi rakyat Malaysia.

Menyedari keadaan itu, ia berkata, keutamaan kerajaan adalah memastikan dasar fiskal yang berkesan selain membangunkan perlindungan sosial inklusif seperti dinyatakan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025) dan Bajet 2022.

Bank Dunia berkata, keadaan pasaran pekerjaan di negara ini bagaimanapun bertambah baik dengan kadar pengangguran berkurangan kepada 4.3 peratus pada suku keempat 2021 berbanding 4.8 peratus pada suku keempat 2020, sebahagiannya dipacu pelbagai insentif pasaran kerja.

Ia berkata, kadar upah bagi pembuatan dan perkhidmatan berkembang dengan masing-masing 4.7 peratus dan 1.2 peratus suku keempat 2021.

“Ketidaktentuan pekerjaan berkurangan pada separuh kedua 2021, sekali gus menyaksikan lebih separuh isi rumah yang jatuh ke dalam kelompok berpendapatan rendah pada Jun 2021, telah pulih ke tahap prapandemik menjelang November 2021.

“Bagaimanapun, gangguan kepada pekerjaan dan pendapatan pekerja kekal mencabar dalam kalangan golongan miskin dan rentan, termasuk pekerja yang lebih muda dan kurang berpendidikan,” katanya.

Sementara itu, Bank Dunia dalam laporan Kemas Kini Ekonomi Asia Timur dan Pasifik (EAP) April 2022 bertajuk ‘Braving the Storm,’ mencadangkan beberapa tindakan yang boleh dilaksanakan kerajaan seperti bantuan bersasar kepada isi rumah dan firma, pembaharuan dasar berkaitan perdagangan dalam barangan dan terutama sektor perkhidmatan akan membolehkan negara mengambil kesempatan daripada peralihan dalam landskap perdagangan global.

Ia berkata, meningkatkan kemahiran dan persaingan pula akan mengukuhkan kapasiti dan insentif untuk menerima pakai teknologi digital baharu. BH

Pendapatan kurang RM4,000 sukar tampung keperluan asas


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Solat Terawih Di Times Square New York

Alif Satar jutawan senyap

Kedai Makan Thai Terbaik Untuk Buka Puasa Di Selangor

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker