Hanipa bidas PAS cuba jadi hero isu tudung pekerja wanita

Hanipa Maidin (PH-Sepang) mendakwa bahawa ahli parlimen PAS yang membangkitkan isu kebenaran pekerja wanita memakai tudung di tempat kerja seolah-olah tidak membaca pindaan Akta Kerja 1955 dengan konteks yang menyeluruh.

Menurutnya, dalam peruntukan pindaan akta tersebut telah menyatakan berhubung “sebarang diskriminasi pekerjaan” dan ia perlu dilihat dengan meluas, di mana ia termasuk diskriminasi terhadap kebenaran pekerja wanita untuk bertudung.

“Kalaulah Seksyen 69F ini dibaca dengan lebih harmoni (lebih meluas), saya percaya perlindungan ke atas pekerja-pekerja yang memakai tudung boleh dilindungi di bawah seksyen ini.

“Jadi saya rasa pihak PAS tak perlulah menjadi hero untuk mengatakan seolah-olah kerajaan PH tidak.. (mengambil berat),” katanya ketika perbahasan pindaan Akta Kerja 1955 bacaan kali kedua di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pindaan undang-undang itu, di bawah larangan diskriminasi menyatakan bahawa Fasal 30 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 69F.

Ini bertujuan memberikan kuasa kepada Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja untuk menyiasat sebarang aduan berhubung diskriminasi dalam pekerjaan dan membuat apa-apa perintah atau keputusan berhubung dengan aduan tersebut selaras dengan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) mengenai Diskriminasi Dalam Pekerjaan 1998.

Terdahulu, Che Abdullah Mat Nawi (PAS-Tumpat) dalam sesi perbahasannya mengulas isu tersebut dengan membidas Pakatan Harapan.

Dakwanya, meskipun pindaan akta itu hampir sepenuhnya didraf sewaktu pentadbiran PH, tapi isu diskriminasi berhubung pemakaian tudung oleh pekerja wanita di tempat kerja seakan tidak diendahkan.

“Saya cuba mencelah semasa perbahasan yang dibuat oleh Ipoh Barat (M Kulasegaran) tadi, di mana Ipoh Barat menyatakan bahawa keseluruhan, hampir 100 peratus pindaan yang dibuat pada kali ini adalah didraf semasa Pakatan Harapan sebelum 2020 yang lalu.

“Dan apa yang saya dapat lihat di sini, bahawa baik semasa PH mentadbir negara mahupun selepas berlaku perubahan kerajaan ini, isu yang dibangkitkan oleh Pasir Mas ini, iaitu memberikan hak kepada pekerja wanita untuk melaksanakan tuntutan agama nampaknya tidak diberi perhatian oleh kerajaan,” kata Che Abdullah.

Isu tersebut pada awalnya dibangkitkan oleh Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) yang meminta supaya kerajaan mengambil tindakan terhadap majikan yang tidak membenarkan pekerja wanita untuk bertudung.

Ketika Hanipa meneruskan perbahasannya itu, Che Abdullah kemudian mencelah, berkata PH cuma melihat isu kebenaran pemakaian tudung di tempat kerja itu sekadar isu kecil sahaja.

“Kita melihat isu hak melaksanakan tuntutan agama. Ini merupakan perkara yang besar dan PH melihat kecil, sebagai pakai tudung saja dan mungkin sebahagiannya tak merasakan menutup aurat tu penting,” kata Che Abdullah.

Hanipa kemudian membalas dengan nada menyindir, mengatakan penjelasannya sebelum ini mungkin “agak tinggi” untuk difahami oleh Che Abdullah.

“Terima kasihlah pada Tumpat. Daripada soalan Tumpat, saya memang percaya dan nampak, YB memang tak begitu faham dengan apa yang saya terangkan.

“Saya maafkanlah YB, mungkin bermasalah untuk memahami apa yang saya sebutkan. Mungkin ini perkara yang agak tinggi yang YB susah nak fahamkan,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rafizi boleh bawa perpecahan – AMK PKR

Penjarahan wang Petronas tidak akan berulang lagi – Ismail Sabri

Pak Cik Cium Seluar Dalam Dah Kena Cekup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker