Polis rampas jus ‘goyang’ untuk pasaran pusat hiburan



Polis rampas jus ‘goyang’ untuk pasaran pusat hiburan

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang membongkarkan penjualan minuman perasa buah-buahan campuran dadah yang dipercayai untuk pasaran pusat hiburan sekitar negeri ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 32 tahun di daerah Timur Laut pada 17 Mac lalu sebelum merampas 85 paket minuman berisi campuran dadah.

Jelas beliau, hasil pemeriksaan turut membawa kepada rampasan dadah jenis syabu, ketamin, pil ekstasi serta eramin 5.

“Secara keseluruhan dadah dan sitaan dalam serbuan itu berjumlah RM113,885.




“Siasatan lanjut mendapati suspek aktif dalam pengedaran dadah sejak Februari lalu dan paket minuman berisi campuran dadah itu dipercayai untuk dijual kepada pengunjung pusat hiburan.

“Hasil ujian air kencing suspek didapati positif dadah dan dia direman selama enam hari sehingga esok untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Pulau Pinang, hari ini.

Difahamkan, satu paket minuman tersebut dijual dengan harga RM250.

Dalam perkembangan lain, Mohd Shuhaily berkata, sejak 1 Januari hingga Sabtu lalu pihaknya sudah merampas dadah serta menyita harta sindiket bernilai RM8.11 juta.

“Dalam tempoh sama, kita telah menahan 2,773 suspek dengan pecahan bekalan 647 individu manakala memiliki pula 1,470 suspek,” kata beliau. MG




Polis rampas jus ‘goyang’ untuk pasaran pusat hiburan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rafizi boleh bawa perpecahan – AMK PKR

Penjarahan wang Petronas tidak akan berulang lagi – Ismail Sabri

Pak Cik Cium Seluar Dalam Dah Kena Cekup



Leave a Reply

Your email address will not be published.