Tuan rumah kurung pencuri bersama ular (Video)

Tuan rumah kurung pencuri bersama ular (Video)

JAKARTA – Seorang pencuri di wilayah Aceh, Indonesia menjerit ketakutan apabila pemilik rumah yang dipecah masuk cuba menakutkannya dengan ular selepas dia dikurung.

Laman berita Suara.com melaporkan, video memaparkan kejadian itu dimuat naik dalam akaun TikTok Isnin lalu.



Dalam video tersebut, pemilik rumah itu dilihat telah mengurung suspek di dalam sebuah bilik setelah kegiatannya diketahui.

Pencuri itu kemudian menjerit ketakutan selepas seorang lelaki berbaju merah jambu cuba menakutkannya dengan seekor ular.

Suspek berkali-kali mengetuk pintu supaya dikeluarkan dari bilik tersebut, namun beberapa lelaki yang berada di luar hanya mentertawakannya.

Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada ular itu asli atau mainan.



Pemilik akaun itu memaklumkan bahawa pencuri itu berusia dalam lingkungan 20-an.

Tuan rumah kurung pencuri bersama ular (Video)

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Sajat sekolahkan Abang Tesla, terkedu dibuatnya

Isteri kedua Abang Tesla kena ‘sound’ dengan Noorkhiriah



10 tahun tunggu zuriat, isteri meninggal 3 bulan selepas bersalin [VIDEO]

Fasha Sandha galak bergoyang lepas ramping?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker