DLP sudah lengkap, Fadhlina tak perlu lagi pinda – PAGE

Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek

Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (Page) menggesa Kementerian Pendidikan menghentikan sebarang rancangan untuk meminda garis panduan sedia ada berkenaan pelaksanaan Dual Language Programme (DLP) di sekolah.

engerusi Page Noor Azimah Rahim mempertahankan garis panduan sedia ada – yang kali terakhir dipinda pada 2021 – yang menggariskan kriteria utama bagi sekolah yang boleh mengajar matematik dan sains dalam Bahasa Inggeris.

“Garis panduan sedia ada sudah cukup menyeluruh, demokratik, adil dan saksama untuk semua,” kata Noor Azimah, yang turut terlibat dalam pengenalan dasar itu pada 2016.

Menurutnya, antara kriteria pelaksanaan adalah sekolah perlu bersedia untuk mengajar matematik dan sains dalam Bahasa Inggeris, mendapat kebenaran ibu bapa dan ada bilangan pelajar layak yang mencukupi untuk kelas DLP.



Sejak awal tahun ini, Page telah menyuarakan bantahan terhadap Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek yang dilaporkan merancang untuk “mengetatkan” garis panduan dan mewajibkan semua sekolah rendah untuk ada sekurang-kurangnya satu kelas bukan DLP yang mengajar dua mata pelajaran itu dalam Bahasa Melayu, Mandarin atau Tamil, bergantung kepada jenis sekolah.

Fadhlina berkata cadangan itu akan memberi kesan kepada sekolah yang melaksanakan DLP di semua kelas.

Kementerian Pendidikan (KPM) sebelum ini menyatakan ada 1,613 sekolah rendah di seluruh negara yang melaksanakan DLP, namun Azimah berkata jumlah sekolah yang mungkin terkesan “nampaknya rahsia”.

Selain itu, terdapat 807 sekolah menengah yang melaksanakan dasar itu.



Pejabat Fadhlina telah dihubungi untuk mendapatkan penjelasan berkenaan jumlah sebenar sekolah yang melaksanakan DLP di semua kelas.

Azimah berkata jika ada sekolah yang memenuhi kriteria untuk melaksanakan kelas DLP 100 peratus kerana ia sesuai dengan budaya sekolah, ia patut dibenarkan meneruskannya.

“Ini juga perlu diumumkan secara rasmi sebelum permulaan sesi persekolahan tahun depan agar ibu bapa, pelajar dan guru dapat bersedia,” katanya lagi.

Ketika sidang Dewan Rakyat baru-baru ini, Fadhlina berkata KPM akan memperkenalkan dasar satu kelas bukan DLP setiap sekolah pada tahun depan.



Namun Noor Azimah berkata pihaknya dimaklumkan oleh ibu bapa kepada murid Darjah 1 bahawa sejumlah sekolah yang melaksanakan DLP sepenuhnya menerima “arahan lisan pihak atasan” untuk mengadakan sekurang-kurangnya satu kelas bukan DLP, yang mencetuskan “kekeliruan” seperti yang dibangkitkan dalam sidang Dewan Rakyat.

Dia juga memetik laporan New Straits Times semalam bahawa KPM telah membenarkan pelaksanaan penuh DLP di lima sekolah di Kuala Lumpur, iaitu SK Convent Bukit Nanas (1), SK Bukit Damansara, SJKT Vivekananda, SJKT Segambut dan SJKT Ladang Edinburgh.

“Sekolah ini yang memenuhi semua kriteria (untuk melaksanakan DLP sepenuhnya) tetapi tetap ‘dipaksa’ untuk mengadakan satu kelas bukan DLP (pada tahun depan) patut dibenarkan untuk merayu.

“Lima sekolah ini telah pun menetapkan duluan,” katanya lagi.



Azimah turut mengambil maklum berkenaan kebimbangan ada ibu bapa dan pelajar yang dinafikan pilihan untuk masuk ke kelas bukan DLP.

Justeru, dia mencadangkan perlu ada sekurang-kurangnya 15 murid yang memilih untuk belajar sains dan matematik dalam Bahasa Melayu, Mandarin atau Tamil untuk mengadakan kelas dalam bahasa itu – seperti dinyatakan dalam garis panduan – bukannya mewajibkan semua sekolah untuk mengadakan kelas bukan DLP.

DLP pertama kali diperkenalkan sebagai projek perintis pada 2016 untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris, di bawah Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Daiyan Trisha dicium Hun Haqeem, netizen naik minyak



Nampak macam mak awak ke, tanya Leona

Aku bersumpah tiada lagi kelahiran lelaki dalam keluarga kau – Bekas menantu Zainal Abidin

Anak Nazir Razak ‘kurang senang’ dengan perkahwinan baru ayahnya

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker