Biden tidak berminat rebut jawatan Presiden AS jika Trump tidak bertanding

Biden tidak berminat rebut jawatan Presiden AS jika Trump tidak bertanding

WESTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, mengakui beliau bertanding semula pada pemilihan presiden tahun depan kerana pesaingnya dari Republikan, Donald Trump, turut mencuba nasib bagi penggal kedua.

Biden berkata, jika bukan kerana bekas Presiden AS itu, beliau tidak pasti sama ada akan mempertahankan jawatannya pada penggal akan datang.



“Jika Trump tidak bertanding, tidak pasti sama ada saya akan bertanding. Tetapi kita tidak boleh biarkan beliau menang,” katanya ketika majlis pengumpulan dana kempen pilihan raya 2024 di Weston, Massachusetts.

Pada masa sama, Biden turut memuji kelantangan bekas ahli Parlimen Republikan, Liz Cheney, yang memberi amaran AS akan terjerumus sekali lagi ke dalam pemerintahan diktator jika Trump berjaya kembali.

Beliau turut menyatakan amaran serupa dikeluarkan salah satu daripada tiga media utama AS iaitu majalah Atlantik berhubung ancaman yang berisiko diterima akibat pentadbiran Trump.

Sebelum ini, ketika di Boston, Biden turut membidas tindakan Trump yang menggunakan bahasa melampau dalam kempen, termasuk memanggil lawannya sebagai haiwan perosak.



Biden berkata, perkataan yang lazimnya digunakan di Jerman pada 1930-an, iaitu ketika kuasa Nazi, Adolf Hitler semakin meningkat, kini lebih kerap bergema di dalam Dewan Perwakilan AS.

“Trump tidak lagi menyembunyikan sikapnya. Beliau memberitahu kami apa yang dilakukannya. “Beliau tidak ambil pusing mengenainya,” katanya.

Biden, 81, mewakili Demokrat, menewaskan Trump pada 2020, suatu keputusan pilihan raya yang masih enggan diterima hartawan itu.

Trump sebelum ini beberapa kali menggambarkan dirinya sebagai pemimpin yang cuba mempertahankan demokrasi AS dalam undian tahun depan.



Namun, sehingga kini Trump dilaporkan mendahului pesaingnya dalam tinjauan pendapat walaupun menghadapi beberapa perbicaraan jenayah termasuk kes sogokan pilihan raya.

Usia Biden adalah faktor yang membimbangkan pengundi, malah terdapat gesaan daripada beberapa ahli Demokrat supaya beliau memberikan peluang kepada calon baharu.

“Joe Biden adalah diktator sebenar,” balas Trump dalam satu hantaran di rangkaian Truth Social konservatifnya pada Selasa. Utusan

Biden tidak berminat rebut jawatan Presiden AS jika Trump tidak bertanding



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Daiyan Trisha dicium Hun Haqeem, netizen naik minyak



Nampak macam mak awak ke, tanya Leona

Aku bersumpah tiada lagi kelahiran lelaki dalam keluarga kau – Bekas menantu Zainal Abidin



Anak Nazir Razak ‘kurang senang’ dengan perkahwinan baru ayahnya

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker