Mak Cik Kemboja, anak didakwa esok

Mak Cik Kemboja, anak didakwa esok

MELAKA – Pemilik syarikat jahitan pukal, Mariyah Holdings Sdn. Bhd., Mariyah Yaakob, 49, yang dikatakan telah menghina rakyat negara ini, khususnya kaum Melayu akan didakwa di Kompleks Mahkamah Melaka di sini, esok.

Turut akan dituduh ialah anak lelakinya, Ezuan Hafsham Mohd. Hisyam, 22, yang juga Pengarah Mariyah Holdings Sdn. Bhd.



Terdahulu, wanita tersebut telah hadir di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka pada 21 November lalu bagi rakaman percakapan.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, polis negeri ini telah menerima sebanyak 14 laporan berhubung klip tular wanita berkenaan yang mengeluarkan kata-kata ‘orang Melayu malas’ ketika membuat pentstriman langsung di TikTok, bulan lalu.

Katanya, seramai lapan individu turut dipanggil bagi membantu siasatan sejak 19 November lalu.

Kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan sesuatu kaum.



Pada 27 November lalu, Mariyah dan anaknya itu telah membuat permohonan maaf secara terbuka berkaitan kes tersebut dan mendakwa ia ditujukan kepada bekas pekerja syarikat berkenaan serta sebagai motivasi kepada masyarakat. K Online

Mak Cik Kemboja, anak didakwa esok

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Video dakwa BCL, Tiko mabuk di kelab malam tular

Roy Azman, keluarga terbabit kemalangan,kereta rentung (Video)



Dolla dah hilang ‘Melayu’?

Babak ciuman, Hun Haqeem & Daiyan Trisha dikecam netizen



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker