Polis prihatin ‘bantu’ ibu warga emas cari kotak tengah malam menyentuh perasaan [VIDEO]

Tangkap layar TikTok @mpv_shah

Bagi seorang ibu yang sudah memasuki usia warga emas, masa itu mungkin digunakan sebaiknya untuk melalui kehidupan tenang bersama anak dan cucu di rumah.

Namun kebahagiaan itu bukan milik seorang warga emas yang terpaksa mencari kotak dan tin pada awal pagi, iaitu ketika insan lain masih tidur demi kelangsungan hidup.

Keperitan hidup wanita warga emas itu menjentik hati seorang anggota polis peronda yang datang kepadanya bagi menghulurkan bantuan.

Perkongsian anggota polis itu di akaun media sosial TikToknya, @mpv_shah meraih perhatian dan pujian netizen yang menganggap tindakan pihak berkuasa terbabit sepatutnya dicontohi.



Perkongsian @mpv_shah sehingga kini mendapat lebih 500,000 tontonan dengan 32,800 tanda suka dan 2,472 komen oleh netizen melalui video berdurasi seminit 22 saat itu.

Ada juga memuji kemuliaan hati anggota polis itu yang sudi membantu insan lain tanpa mengira bangsa

Melalui video itu, @mpv_shah menghampiri warga emas terbabit bagi berborak dengannya.



Warga emas itu kemudiannya menerangkan bahawa dirinya mencari kotak dan tin untuk dijual demi mencari makan kerana tidak mahu menyusahkan anak.

“(Anak) ada tanggungan, saya masih boleh buat…suami sudah meninggal,” katanya.

Anggota polis itu kemudiannya menghulurkan bantuan kepada warga emas terbabit bagi mengurangkan beban ditanggungnya.

“Cari makan macam itulah makcik, dalam kesusahan kita ada susah lagi, buat belanja (duit) ini…ia ikhlas,” katanya.



Antara komen menyentuh hati diluahkan netizen adalah dari pengguna TikTok, Alex yang sedih melihat warga emas itu seolah-olah diabai oleh anaknya.

“Allah…sedihnya….betullah seorang ibu boleh menjaga 10 orang anak, tetapi 10 orang anak tak boleh nak jaga seorang ibu,” katanya.

Seorang lagi netizen dengan nama Muhamad Syakir Samah pula meminta semua supaya menghargai ibu yang masih hidup.

“Hargailah selagi masih ada ibu, bila sudah tiada baru tahu erti rindu yang tiada penghujungnya,” katanya.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa cium Siti Saleha?



Individu dakwa Fatin Umaidah dibuang keluarga kerana kahwin dengan Alif Teega

Cium Mimi, Meerqeen beri penjelasan



Tony Eusoff nafi video lucah itu miliknya

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker