Rahsia 30 tahun terbongkar, bapa enggan jadi wali anak perempuan kerana tidak pernah berkahwin dengan ibunya

Gambar Hiasan

PETALING JAYA – Hasrat seorang anak untuk berkahwin membongkar rahsia bahawa ibu dan bapanya bersekedudukan hampir 30 tahun sehingga memiliki enam orang anak.

Perkara itu didedahkan oleh Pengasas Rumah Amal D’Ezzya Baiti Al Jannah, Ezzya Ezza Ezzyat menerusi satu perkongsian di Facebook, hari ini.

Menurutnya, kejadian itu terbongkar susulan seorang wanita berusia 19 tahun yang ingin menghantar borang nikah, namun gagal menerima persetujuan bapanya untuk menjadi wali.

“Bertanya kepada ibunya kenapa bapa enggan jadi wali untuk urusan nikah. Ibunya jawab bapa tak boleh bagi wali, kerana mereka tak pernah berkahwin.

“Pihak agama pun hubungi ibu dan bapa untuk kepastian dan mereka membuat pengakuan tidak pernah kerkahwin sehingga lah penamat anak seramai enam orang,” katanya.

Ketika ditanya mengenai maklumat anak-anak yang mempunyai bin dan binti, ibu kepada wanita itu memberitahu bahawa urusan membuat surat beranak ketika itu adalah mudah.

“Jadi, pejabat agama minta si bapa buat akuan sumpah mengatakan beliau tidak pernah barkahwin dan ingin menggunakan wali hakim untuk urusan pernikahan anak.

“Namun si bapa enggan beri kerjasama kerana takut membuka aib dan menjejaskan maruahnya. Maka, pejabat agama pun tidak membantu wanita itu untuk berkahwin,” jelasnya.

Justeru, Ezzya Ezza Ezzyat berkata, wanita itu kemudian ditinggalkan oleh bakal suaminya dan membawa diri sebelum terjebak dengan gejala dadah.

“Dari situ dia sudah tidak ada pantang larang dan duduk bercampur lelaki perempuan. Sambil hisap dadah ,layan pula seks bebas. Daripada satu kelahiran, berjangkit-jangkit jadi enam. Dah serupa dengan ibu dan bapa biologinya,” katanya.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa cium Siti Saleha?

Individu dakwa Fatin Umaidah dibuang keluarga kerana kahwin dengan Alif Teega

Cium Mimi, Meerqeen beri penjelasan

Tony Eusoff nafi video lucah itu miliknya

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker