Bersaralah Hadi beri laluan pada Dr. Sam untuk terajui PAS

 

Ketika PAS menjulang ahli parlimen Kemaman yang baru Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai calon perdana menteri parti itu, veteran DAP Lim Kit Siang menimbulkan persoalan sama ada naib presiden PAS itu akan diberi laluan untuk menjadi presiden parti.

Lim menyatakan keyakinan bahawa Samsuri mampu membimbing PAS ke tahap lebih jauh.



“Persoalannya sekarang, sama ada Abdul Hadi Awang akan memberi laluan (melepaskan jawatan) sebagai presiden PAS untuk diambil alih oleh Samsuri bagi menerajui PAS yang lebih sederhana dan terbuka, yang memisahkan mereka daripada amalan hasutan kebencian dan pembohongan, kepalsuan dan berita palsu yang menjadi sinonim dengan PAS sejak meninggalkan Pakatan Rakyat pada tahun 2015,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Samsuri merupakan seorang jurutera aeronautikal. Adakah dia mampu membawa PAS ke era baru yang lebih relevan dengan realiti dan keperluan Malaysia?” katanya lagi.

Samsuri, 53, kini dalam penggal keduanya sebagai menteri besar Terengganu dan sebagai naib presiden PAS.

Dia yang berasal dari Besut, Terengganu, memiliki kelulusan PhD dalam kejuruteraan aeroangkasa.



Sebelum ini, Samsuri berkhidmat sebagai pensyarah universiti dan mula dikenali ketika dia berkhidmat sebagai setiausaha politik kepada Abdul Hadi pada 2008 ketika berusia 38 tahun.

Semalam, dia memenangi pilihan raya kecil (PRK) Kemaman, dengan meraih 70.1 peratus jumlah undi.

Dalam kempen Perikatan Nasional (PN), nama Samsuri berulang kali dicanang sebagai calon perdana menteri akan datang.

Ahll parlimen Kemaman yang baru itu menegaskan bahawa dia tidak pernah memendam cita-cita untuk menjadi perdana menteri, namun akan mempertimbangkan jawatan itu pada masa akan datang.



“Tidak menjadi objektif saya menyertai politik untuk menjawat jawatan yang begitu tinggi.

“Walaupun begitu sekiranya di suatu masa akan datang diberikan amanah oleh parti dan juga rakyat, saya akan pertimbangkan perkara itu,” katanya.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa cium Siti Saleha?



Individu dakwa Fatin Umaidah dibuang keluarga kerana kahwin dengan Alif Teega

Cium Mimi, Meerqeen beri penjelasan



Tony Eusoff nafi video lucah itu miliknya

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker