Adira terpaksa failkan penceraian kali kedua, Datuk Red sengaja lambatkan kes

Adira terpaksa failkan penceraian kali kedua, Datuk Red sengaja lambatkan kes

Sememangnya mengejutkan ramai pihak apabila penyanyi popular, Adira Suhaimi sudah memfailkan penceraian terhadap suami, Datuk Seri Adnan Abu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang pada 25 Oktober lalu.

Difahamkan, permohonan cerai itu merupakan kali kedua dibuat oleh Adira terhadap Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red selepas memfailkan ia pada 1 April 2019.



Namun ditarik semula oleh selebriti terbabit kerana memberi peluang kedua buat suami dan cuba yang terbaik untuk anak-anak.

Dalam pada itu, Adira telah menghadirkan diri ke mahkamah bersama kakaknya, Emma Suhaimi sebagai wakil Jawatankuasa Pendamai (JPK), manakala Datuk Red hanya hadir seorang diri dan gagal tampil bersama wakil bagi proses terbabit.

Datuk Red ditegur oleh Hakim Syarie, Abdul Hadi kerana menganggap lelaki terbabit sengaja melambat-lambatkan penubuhan jawatankuasa pendamai daripada dilakukan segera.

Susulan itu, kes ini ditangguhkan ke tarikh 18 Disember ini bagi membolehkan Adnan lantik seseorang menjadi wakil pihaknya.



Sekadar info, Adnan dan Adira telah bernikah di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Adira terpaksa failkan penceraian kali kedua, Datuk Red sengaja lambatkan kes

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Siapa cium Siti Saleha?

Individu dakwa Fatin Umaidah dibuang keluarga kerana kahwin dengan Alif Teega



Cium Mimi, Meerqeen beri penjelasan

Tony Eusoff nafi video lucah itu miliknya



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker