Video dakwa BCL, Tiko mabuk di kelab malam tular

Video BCL, Tiko mabuk kelab malam tular

Pernikahan penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) dan suami, Tiko Aryawardhana pada hujung minggu disaksikan keluarga dan teman rapat.

Pasangan itu dipuji kerana tetap menjemput keluarga Allahyarham Ashraf Sinclair malah adik arwah, Aishah Jennifer juga menjadi pengapit BCL pada hari bahagianya.

Namun, ketika ramai peminat berasa terharu dengan pernikahan itu tular pula sebuah video yang mempamerkan pasangan itu di sebuah kelab malam.

Menerusi video tersebut, BCL dan Tiko diraikan oleh beberapa orang teman rapat mereka dan didakwa berpesta minuman keras.

Tiko, 43, dilihat mengedarkan gelas kecil dipercayai minuman keras kepada isterinya sebelum mereka dan rakan-rakan menjulang gelas gaya ‘toast’ sebagai tanda selamat.

BCL pula dilihat menggayakan gaun seksi dan seronok berparti serta menari bersama rakan-rakan yang hadir menyebabkan mereka berdua disindir pasangan yang sekufu.

Riak wajah Tiko juga mencuri perhatian kerana dikatakan obvious sudah terlalu mabuk dan warganet rata-ratanya mengkritik pasangan pengantin baru itu kerana masih mengamalkan gaya hidup sebegitu.

Ramai yang turut menyebut nama arwah Ashraf dan melabelnya sebagai suami terbaik untuk pelantun lagu Cinta Sejati berkenaan.

Malah, ada yang turut mengaitkan keluarga Ashraf dan tertanya apakah respon atau perasaan mereka jika melihat BCL mabuk bersama suaminya itu.

Rasanya waktu bersama arwah tak macam ni, arwah adalah yang terbaik, kata seorang individu.

Nia Ramadhani dan Luna Maya adalah antara rakan selebriti yang dilihat turut hadir memeriahkan lagi malam pesta tersebut.

Video BCL, Tiko mabuk kelab malam tular

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa cium Siti Saleha?

Individu dakwa Fatin Umaidah dibuang keluarga kerana kahwin dengan Alif Teega

Cium Mimi, Meerqeen beri penjelasan

Tony Eusoff nafi video lucah itu miliknya

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker