Syaiful, Sharif juara FD3

Syaiful, Sharif juara FD3

Pelawak dua beradik, Syaiful dan Sharif menepati ramalan apabila diumum juara musim ketiga Famili Duo (FD3) yang disiarkan secara langsung dari Studio TV3, Glenmarie, Shah Alam, malam tadi.

Dengan kemenangan itu, Syaiful dan Sharif yang sebelum ini diumum duo keenam bersaing di pentas musim ketiga FD, membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000.



Bertemakan berkumpulan/duet popular, segmen pertama menyaksikan pasangan duo ini menyampaikan lagu Kong Kali Kong dipopularkan Floor88 dan Namie.

Untuk segmen kedua bertema bebas, Syaiful dan Sharif menyanyikan secara medley lagu Lemak Manis dendangan Roslan Madun, Umpan Jinak Di Air Tenang (Allahyarham Ahmad Jais) dan Joget Angan Tak Sudah (Jay Jay).

Menerusi persembahan segmen kedua, pasangan adik-beradik itu turut menampilkan adik mereka, Atu bersama barisan pelawak lain iaitu Fad, Danial Zaini serta Namie.

Mereka mempersembahkan sketsa serta konsep persembahan mencuit hati, hingga menerima ‘standing ovation’ daripada penonton dan juri.



Sebelum ini, pasangan itu berjaya meraih gelaran Duo Terbaik sebanyak tiga kali iaitu pada minggu pertama, kelima dan keenam.

Sharif yang gagal menahan sebak sebaik diumum juara FD3 mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi tunjuk ajar dan menyokong mereka.

“Sebenarnya, ini adalah tangisan kepuasan sebab setiap minggu kami berjuang untuk buat yang terbaik.

“Terima kasih kepada juri dan semua yang menyokong kami dari awal. Kalau diberi peluang kami akan terus menghiburkan anda semua,” katanya.



Yang turut membuat persembahan pada pentas akhir FD3 adalah pasangan sepupu, Haqiem Rusli dan Ariff Bahran serta dua beradik, Adira Suhaimi dan Emma Suhaimi.

Penonton turut dihiburkan dengan persembahan penyanyi undangan iaitu pasangan suami isteri, Syamel dan Ernie Zakri manakala Izzue Islam dan Janna Nick bertindak sebagai pengacara.

Pemarkahan peserta ditentukan juri tetap iaitu Ajai dan Mas Idayu dengan nilai markah sebanyak 70 peratus dan undian dalam talian melalui Tonton sebanyak 30 peratus.

Sementara itu, pasangan lain yang turut menyertai program realiti berkonsepkan kekeluargaan terbitan TV3 itu adalah Shila Amzah dan Syahir Amzah yang juga adik-beradik; Fuad Rahman dan Tom (suami isteri) serta Ryan Bakery dan Adam Bakeri (adik-beradik).



FD3 dibawakan khas oleh penaja utama, OGAWA dengan penaja bersama, Elegant Cosmetics dan rakan penaja, Centrum Multivitamin. BH

Syaiful, Sharif juara FD3

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Siapa cium Siti Saleha?

Individu dakwa Fatin Umaidah dibuang keluarga kerana kahwin dengan Alif Teega



Cium Mimi, Meerqeen beri penjelasan

Tony Eusoff nafi video lucah itu miliknya

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker