Roy Azman, keluarga terbabit kemalangan,kereta rentung (Video)

Roy Azman, keluarga terbabit kemalangan,kereta rentung (Video)

Pelakon Roy Azman dan keluarga berdepan detik cemas apabila kereta yang dinaiki tiba-tiba terbakar sehingga rentung, semalam.

Berkongsi kejadian mengerikan itu menerusi hantaran di Instagram (IG), pemilik nama lengkap Zairosminan Abdul Rahman, 53, meluahkan rasa syukur kerana dia bersama isteri dan anak bongsu sempat menyelamatkan diri ketika kejadian berlaku di tengah lebuh raya itu.

“Salam semua. Alhamdulillah saya, isteri dan anak bongsu sempat lari keluar kereta. Syukur,” tulisnya.

Roy bersyukur terselamat bersama isteri dan anak bongsu apabila kereta terbakar hingga rentung di tengah lebuh raya. – Foto IG Roy Azman
Melalui hantaran sama, pelakon filem magiK itu turut memuat naik video keretanya sedang terbakar dan keadaan kenderaannya itu selepas kejadian.

Bagaimanapun, Roy tidak menyertakan butiran terperinci kejadian. Sebaliknya hanya mengucapkan terima kasih kepada individu yang menemaninya membuat laporan polis.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan selebriti merakamkan rasa syukur san mendoakan Roy serta keluarga dilindungi daripada segala musibah.

Roy Azman, keluarga terbabit kemalangan,kereta rentung (Video)

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa cium Siti Saleha?

Individu dakwa Fatin Umaidah dibuang keluarga kerana kahwin dengan Alif Teega

Cium Mimi, Meerqeen beri penjelasan

Tony Eusoff nafi video lucah itu miliknya

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker