Kes saman selesai tapi masih maki dan caci

Kes saman selesai tapi masih maki dan caci

Selepas dua tahun berdepan saman fitnah difailkan penyanyi Siti Nordiana, 39, akhirnya Lan Solo, 38, dan isterinya, Nur Sheila Hassim, 38, serta Syura Badron, 37, tampil memberi kenyataan dalam sidang media sebaik sahaja kes berkenaan diselesaikan di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur, semalam.

Ketiga-tiga mereka selaku defendan menjelaskan, tujuan utama sidang media itu diadakan untuk menjelaskan kronologi kes dan perkara sebenar yang berlaku sepanjang perbicaraan kes berjalan di mahkamah.



Peguam mewakili ketiga-tiga defendan iaitu Azlan Abdul Razak berkata, sidang media hari ini juga bertujuan menjelaskan secara menyeluruh mengenai proses perdamaian yang berlangsung semalam, sekali gus membetulkan persepsi masyarakat terhadap anak guamnya.

“Keperluan mengadakan sidang media hari ini bukan mahu memburukkan pihak lain. Ini adalah membetulkan persepsi masyarakat, peminat atau semua orang terhadap anak guam saya iaitu Lan, Syura dan Sheila.

“Sebagai peguam ketika kes bermula di mahkamah rendah lagi, terdapat banyak kata-kata berbaur cacian dan ia tetap berlanjutan sehingga ke mahkamah tinggi.

“Sekarang kes sudah selesai, tapi masih banyak kata-kata tidak elok. Keperluan sidang media hari ini untuk beritahu secara menyeluruh fakta kepada semua.



“Bila kes sudah selesai tidak perlu timbul sebarang spekulasi atau perkara tidak enak kepada anak guam saya,” katanya pada sidang media di kediaman Lan di sini, hari ini.

Azlan berkata, sebagai peguam mewakili defendan, dia memerhati tindakan beberapa pihak yang melemparkan pelbagai kata-kata negatif kepada anak guamnya sepanjang kes berlangsung.

“Walaupun kes sudah selesai, masih ada lagi cacian dan makian,” katanya kepada BH Online.

Ditanya mengenai sesi perdamaian melalui permohonan maaf membabitkan kedua pihak, Azlan berkata, itu adalah kali pertama permohonan maaf berlaku.



“Sesi bermaaf-maafan kali pertama berlaku. Sepanjang kes berlangsung, peguam masing-masing tidak menyarankan agar ada komunikasi antara plaintif dan defendan.

“Alhamdulillah, terdapat perbincangan dan persetujuan semua pihak untuk menyelesaikan kes ini secara baik, iaitu melalui Penghakiman Persetujuan.

“Cadangan ini dipersetujui dan ditandatangani menyebabkan kes ini tidak diteruskan sehingga ke penghujungnya.

“Hakim memberi saranan supaya terma-terma itu boleh dipanjangkan kepada semua pihak termasuk media,” katanya.



Pada masa sama, Azlan berkata, tiga terma penghakiman persetujuan sudah dibincang, dipersetujui dan direkodkan di hadapan Hakim John Lee Kien How @ Mohd Johan, semalam.

“Pertama, tanpa pengakuan terhadap liabaliti dan semua pihak bersetuju saling bermaaf-maafan. Maksudnya, tiada apa-apa pengakuan siapa betul atau salah kerana masing-masing sudah setuju meminta maaf serta memaafkan.

“Kedua, plaintif tidak mempunyai kebebasan memfailkan semula perintah ini. Pihak plaintif tidak mempunyai kebebasan atau tidak boleh failkan semula kes atas dasar yang sama.

“Ketiga, tiada perintah terhadap kos. Tiada apa-apa yang diperintahkan oleh mahkamah untuk pihak-pihak membayar kos kepada sesiapa,” katanya.



Semalam, Siti Nordiana atau Nana bersetuju menyelesaikan secara baik kes saman fitnah sebanyak RM2.5 juta yang difailkan terhadap tiga individu berkenaan termasuk Pegawai Perhubungan Awam syarikat rakaman, FMC Music, Sam Musyadzafar Samin, 45, dan jurusolek artis bebas, Razidah Ahmad Senusi, 43.

Terdahulu, dalam pernyataan tuntutannya, Nana mendakwa pada 20 Julai 2021, melalui siaran langsung dikendalikan Nur Sheila yang disertai empat defendan lain menyiar, mengeluar dan menerbitkan kata-kata berunsur fitnah terhadapnya. BH

Kes saman selesai tapi masih maki dan caci

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Video dakwa BCL, Tiko mabuk di kelab malam tular

Roy Azman, keluarga terbabit kemalangan,kereta rentung (Video)

Dolla dah hilang ‘Melayu’?

Babak ciuman, Hun Haqeem & Daiyan Trisha dikecam netizen

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker