Tengkorak manusia dalam longkang di Jalan Kebun, Klang ditemui

Tengkorak manusia dalam longkang di Jalan Kebun, Klang ditemui

POLIS mengesahkan penemuan rangka manusia tidak sempurna di dalam longkang dekat tepi Jalan Kebun, Klang pada malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kejadian daripada seorang lelaki Melayu pada pukul 8.15 malam.



Beliau berkata, sepasukan pegawai, anggota polis dan pasukan forensik dari Ibu Pejabat Kontinjen Selangor serta Unit Pengesan Anjing K9 dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati terdapat satu tengkorak kepala manusia dan badan dipercayai dari bahagian pinggang hingga ke bawah dalam keadaan tidak sempurna.

“Rangka tersebut telah tersangkut pada paip yang berada di dalam longkang,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, rangka tersebut telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Shah Alam bagi tujuan bedah siasat.



Hoong Fong berkata, hasil bedah siasat mendapati punca kematian tidak dapat dikenal pasti kerana keadaan mayat tidak sempurna.

“Bagaimanapun, forensik mengesahkan rangka tersebut adalah seorang lelaki berusia 30-an dan berbangsa tidak pasti,” ujarnya.

Katanya, orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian atau kehilangan ahli keluarga diminta menyalurkan maklumat di talian 03-33762222 bagi membantu siasatan. Utv

Tengkorak manusia dalam longkang di Jalan Kebun, Klang ditemui



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rita Rudaini dah nikah?



Puteri Sarah mahu saman, ini teguran Yusof Haslam

DSV jangan takbur sangat



Guru benarkan pelajar Hindu pukul pelajar Islam di India

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker