Daiyan Trisha dicium Hun Haqeem, netizen naik minyak
Daiyan Trisha dicium Hun Haqeem, netizen naik minyak
Babak cium antara pelakon Daiyan Trisha dan Hun Haqeem dalam siri W: Two World’s hangat dibahaskan netizen meski menggunakan kain sebagai pelapik seolah-olah mahu menunjukkan tiada sentuhan kulit.
Biar apa pun alasan, adegan kurang manis dalam episod awal siri adaptasi K-drama itu disifatkan tidak sesuai dengan budaya negara ini.
Walaupun berlapik, babak intim yang mempamerkan Daiyan Trisha sebagai Izara seperti dicium Hun Haqeem selaku penggalas watak Alif membuatkan ramai meluahkan perasaan tidak puas hati.
Berdasarkan drama romantis terbitan Korea Selatan yang bersiaran pada 2016, watak Oh Yeon-Joo (Han Hyo-Joo) dicium Kang Chul (Lee Jong-Suk) secara mengejut.
Versi tempatan juga menonjolkan keintiman sama tetapi hanya diolah sedikit dengan meletakkan kain sebagai pelapik.
Rata-rata penonton yang meninggalkan komen berpendapat pengarah tidak perlu meniru setiap babak tanpa menggunakan kreativiti.
Pihak produksi serta pelakon menerima teguran keras kerana didakwa tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat sebelum setuju beraksi sedemikian.
“Kisah adaptasi tidak perlulah tiru bulat-bulat naskhah asal sampai babak bercium pun nak buat.
“Pengarah kena pandai sesuaikan dengan keadaan serta sensitiviti penonton kita dengan guna kreativiti bagi babak tersebut.
“Kalau audien nak tengok yang sama, baik tengok yang original saja. Awak semua gagal,” tulis seorang penonton dalam Instagram rasmi Viu Malaysia.
Malah ada yang memberi cadangan supaya memotong terus adegan tidak perlu kerana perjalanan cerita tetap lancar tanpa babak seumpama itu.
Begitupun, masih ada peminat yang mengeluarkan hujah dengan menegaskan paparan ciuman perlu kerana menjadi detik permulaan cinta pasangan terbabit.
Sementara itu, pihak saluran penstriman Viu ketika dihubungi Kosmo! Online memaklumkan tiada kenyataan akan dibuat berhubung isu berkenaan.
Selain Daiyan dan Hun, W: Two Worlds turut dibintangi Faizal Hussein, Mierul Aiman, Elizabeth Tan serta Tony Eusoff. K Online
Daiyan Trisha dicium Hun Haqeem, netizen naik minyak
Baca Artikel Menarik:
- Zahid nafi letak jawatan, hidap kanser
- Letusan Marapi: 11 pendaki maut
- Bakal calon Perdana Menteri dari PN bertambah
- Penyamun kata ‘hai’ sebelum samun kedai emas
- Syaiful, Sharif juara FD3
- Adira terpaksa failkan penceraian kali kedua, Datuk Red sengaja lambatkan kes
- Haprak punya zionis, karpet Palestin pun nak ‘rembat’ [VIDEO]
- Rahsia 30 tahun terbongkar, bapa enggan jadi wali anak perempuan kerana tidak pernah berkahwin dengan ibunya
- Diserang netizen Indonesia, penyampai televisyen Israel mohon maaf
- Wanita cuba buka pintu MRT bergerak
- Syamel, Ernie calon peserta Famili Duo musim keempat?
- Bersaralah Hadi beri laluan pada Dr. Sam untuk terajui PAS
- Pemimpin Bersatu masih ‘menagih kasih’ UMNO untuk ke Putrajaya
- Polis prihatin ‘bantu’ ibu warga emas cari kotak tengah malam menyentuh perasaan [VIDEO]
- Hubungan Abang Viva, isteri pula didakwa retak
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Video dakwa BCL, Tiko mabuk di kelab malam tular
Roy Azman, keluarga terbabit kemalangan,kereta rentung (Video)