Azlan tak lafaz cerai, gaduh pasal bisnes

Azlan tak lafaz cerai, gaduh pasal bisnes

“Alhamdulillah, rumah tangga kami tiada masalah dan sudah diselesaikan di mahkamah.”

Demikian jawapan Azlan Komeng terhadap dakwaan lafaz cerai dilakukan terhadap isterinya, Nur Nilam Ortiz, baru-baru ini.



Azlan atau Muhammad Azlan Kamiran, 47, berkata isterinya hanya salah faham dan mereka sudah rujuk ke mahkamah syariah dan mendapati tiada perceraian berlaku.

“Ramai orang tak tahu isteri saya bukan Melayu, sebaliknya kacukan Siam dan Sepanyol. Nur Nilam belajar bahasa Melayu mengikut buku atau bahasa formal, jadi bila bercakap bahasa tidak formal, dia selalu salah faham.

“Jadi, cerita kami sebenarnya mengenai perniagaan. Sekarang kami perlahan-lahan sertai acara jualan makanan.

“Nur Nilam sebab banyak terbabit dalam perniagaan besar, saya pula perniagaan kecil. Jadi, kami mempunyai jalan berbeza dalam mengendalikan bisnes.



“Kami bergaduh soal bisnes. Saya cakap pada Nur Nilam, engkau buat jalan engkau, aku buat jalan aku. Jadi, dia ingat saya ceraikan dia,” katanya.

Azlan berkata, dia marah dan terus keluar kerana tak mahu bergaduh. Namun, Nur Nilam buat kenyataan ketika saya keluar rumah, memang terkejut jugalah.

Katanya, isterinya tidak bersetuju sekiranya mereka bercerai dan memahami perkara itu tidak boleh dibawa main, jadi memutuskan rujuk kepada pihak yang lebih arif.

“Saya cakap dengan hakim pun gelak. Jadi, Alhamdulillah perkara ini sudah selesai apabila kami ke mahkamah dan perceraian tidak terjadi pun.



“Saya tidak sebut langsung perkataan cerai atau talak.

“Maafkan isteri saya kerana terlalu cepat membuat andaian. Nur Nilam juga tidak memahami sepenuhnya bahasa Melayu terutamanya bahasa pasar,” katanya.

Sebelum ini, Nur Nilam mengesahkan sudah bercerai dengan Azlan, baru-baru ini. Dia juga memaklumkan hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi membuat pengesahan lafaz cerai.

Dalam masa sama, Azlan yang ditemui di tayangan perdana filem terbaharunya, Anak Perjanjian Syaitan 2 di GSC Midvalley, semalam juga menolak dakwaan segelintir pihak berhubung kewujudan orang ketiga dalam rumah tangganya.



“Sebenarnya tiada orang ketiga, bekas isteri saya pun tak pernah mengganggu. Kalau betul saya masih ada berbuat jahat dengan perempuan selepas saya bernikah dengan Nur Nilam, keluarkan.

“Selepas bernikah dengan Nur Nilam, kalau benar ada skandal, saya boleh mengaku, tiada masalah.

“Namun, tiada isu dan sebenarnya ada isu lain yang belum saya bongkarkan,” katanya.

Nur Nilam turut hadir menemani dan memberikan sokongan pada Azlan di majlis tayangan perdana filem seram arahan Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri itu.



Azlan dan Nur Nilam mendirikan rumah tangga pada 22 Januari tahun lalu. BH

Azlan tak lafaz cerai, gaduh pasal bisnes

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Video dakwa BCL, Tiko mabuk di kelab malam tular

Roy Azman, keluarga terbabit kemalangan,kereta rentung (Video)

Dolla dah hilang ‘Melayu’?

Babak ciuman, Hun Haqeem & Daiyan Trisha dikecam netizen

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker