Penjual nasi maut ditikam 27 kali

Penjual nasi maut ditikam 27 kali

GEORGETOWN: Penjual nasi maut ditikam di kawasan meletak kenderaan di apartmen Jalan Ooi Thiam Siew, Taman Continental, Jelutong, hari ini.

Mangsa Teh Teik Chye, 60, cedera di dada dan leher akibat 27 tusukan pisau, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, V Saravanan, berkata pihaknya menerima maklumat berlaku pergaduhan pada jam 6.18 petang di kawasan berkenaan.

Katanya, saksi melihat lelaki berkenaan terbaring di kawasan parkir dan membantu menghubungi keluarga mangsa serta ambulans.

“Pemeriksaan menemukan sebanyak 27 kesan tikaman pada bahagian dada, leher dan abdomen mangsa, dipercayai menggunakan senjata pisau.

“Mangsa dibawa ke hospital dengan menaiki ambulans, disahkan meninggal dunia ketika diberi rawatan,” katanya hari ini.

Mengulas lanjut Saravanan berkata, polis masih menjalankan siasatan termasuk menonton rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran lif dan pondok pengawal.

Katanya, menerusi rakaman itu mendapati dua suspek lelaki dilihat menaiki motosikal memasuki perumahan berkenaan.

Seorang daripada mereka kemudian menikam mangsa, manakala seorang lagi menunggu di motosikal.

“Kita masih menyiasat motif. Dipercayai kejadian bukan bermotifkan samun tetapi lebih kepada bunuh dan mangsa juga mempunyai rekod lampau.

“Mangsa adalah penjual nasi ekonomi di Pasar Awam Jalan Perak, juga tinggal di apartment ini serta mempunyai anak dan cucu,” katanya.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. BH

Penjual nasi maut ditikam 27 kali

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Video dakwa BCL, Tiko mabuk di kelab malam tular

Roy Azman, keluarga terbabit kemalangan,kereta rentung (Video)

Dolla dah hilang ‘Melayu’?

Babak ciuman, Hun Haqeem & Daiyan Trisha dikecam netizen

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker