Aku bersumpah tiada lagi kelahiran lelaki dalam keluarga kau – Bekas menantu Zainal Abidin

Aku bersumpah tiada lagi kelahiran lelaki dalam keluarga kau – Bekas menantu Zainal Abidin

Bekas menantu kepada jurulatih bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin iaitu Suzur Sofia meluahkan rasa kecewa dengan sikap bekas suaminya, Mohd Zaiza yang didakwa sukar memberi kerjasama dalam hal berkaitan anak-anak.

Menerusi hantaran di TikTok, Sofia mendakwa tindakan bekas suaminya itu telah telah menyebabkan dirinya terpisah dengan anak-anak.



Difahamkan, hak jagaan anak masih dalam proses mahkamah dan ketika ini ianya adalah hak bersama. Bagaimanapun, Sofia mendakwa dia dipaksa masuk ke rumah sedangkan dia mahu bertemu anak-anak di tempat awam.

Kalau melalui pesanan mesej, telefon pun tak faham bahasa untuk berhenti provoke, media sosial saja jawapan. Kenapa boleh hantar gambar, video, hantar gambar anak tak sihat? Tapi bila saya nak jumpa dan telefon, awak tak angkat? Apa motif? Awak berjaya sebab anak saya dah lupakan saya, bila ditanya, dia tak kenal.

Itu yang korang nak kan? Memang sengaja kan? Kenapa mulakan? Bila awak dah mulakan dan saya lama diam, saya kena diam? Awak nak seksa mental kenapa? Lepastu mengadu kat orang tua bila tak boleh hadap.

Ingatlah, setiap kaum hawa dalam keluarga kau akan lalui apa yang aku lalui. Dan aku bersumpah, tidak akan ada lelaki-lelaki lagi dalam keluarga dan sedara kau. Setiap kelahiran tidak akan ada lelaki. Setiap kelahiran adalah perempuan, sama-sama merasa apa yang aku rasa. Dari anak-anak aku diambil, bermula di situ. Apa sudah berlaku atau terjadi yang aku minta? #kunfayakun. Kepada di sini yang cerita pasal aib, ketahui apa itu aib dan kenapa dan bagaimana.



Sementara itu, Sofia turut menitipkan doa agar dapat memperoleh kebahagiaan bersama anak-anak selain berharap individu yang didakwa menganiayanya mendapat balasan setimpal.

Saya sentiasa mendoakan yang baik-baik kepada mereka yang mendoakan baik-baik. Ingat satu sahaja, yang paling berkuasa ialah Allah SWT.

Ya Allah, mereka telah menunjukkan kuasa mereka keatas aku dan anak-anak aku, aku mohon Ya Allah, kau tunjukkan lah kuasaMu Ya Allah ke atas mereka kerana kau Ya Allah, maha melihat, maha mendengar, maha mengetahui dan pencipta seluruh alam.

Aku mohon Ya Allah, selaku seorang ibu kandung kepada kedua anak-anak aku yang sudah lama terpisah dan hanya dipermainkan perasaan. Aku juga ingin bahagia dan jauhkan lah mereka yang ingin melihat aku jatuh dan mengaibkan serta mengugut aku. Jangan lah kau persia-siakan perjuangan aku yang sudah hampir setahun.



Terdahulu, Sofia dan Zaiza bercerai talak satu pada 14 Jun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Untuk info, pasangan itu berkahwin pada 15 Januari 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Muhammad Zaynedine Sulaiman, 6, dan Seri Zayana, 2.
Sumber: TikTok Suzur Sofia

Aku bersumpah tiada lagi kelahiran lelaki dalam keluarga kau – Bekas menantu Zainal Abidin

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Video dakwa BCL, Tiko mabuk di kelab malam tular

Roy Azman, keluarga terbabit kemalangan,kereta rentung (Video)



Dolla dah hilang ‘Melayu’?

Babak ciuman, Hun Haqeem & Daiyan Trisha dikecam netizen



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker