Dua kali ‘perfect 10’

Juara Famili Duo 3.

Dua kali ‘perfect 10’

Siapa sangka, permulaan sebagai anak seni dalam bidang komedi mampu membuka ruang buat dua beradik, Sharif dan Syaiful daripada kumpulan Zero untuk meneroka cabang seni lain iaitu muzik.

Melangkah berani sebagai peserta duo dalam program realiti Famili Duo 3, Sharif dan Syaiful menggalas tugas sebagai duo kejutan yang diumumkan pada minggu pertama.

Cabaran besar buat mereka, perjuangan itu tidak semudah disangka kerana mereka berentap dengan deretan pasangan duo yang cukup dikenali dalam bidang muzik.

Usai pentas akhir Famili Duo 3 yang berlangsung kelmarin, Sharif dan Syaiful hadir berkongsi keterujaan dan mengakui tidak pernah menjangkakan kemenangan besar yang melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 itu.

“Alhamdulillah, kami tak jangkakan kemenangan ini. Ketika sesi raptai, kami dapat lihat semua pasangan peserta benar-benar ‘all out’.

“Tapi, yang penting, kami dapat berseronok atas pentas. Kami buat yang terbaik dan Alhamdulillah, Allah permudahkan. Ini menjadi sejarah dalam hidup kami. Siapa sangka, jika sebelum ini kami diterima di pentas komedi, kini kami turut diterima di pentas muzik,” kata Sharif.

Berkongsi perasaan mereka tatkala tampil membuat persembahan dalam dua segmen dan mendapat tepukan dan sorakan gemuruh penonton, Sharif berkata, muncul rasa sebak dalam hatinya.

“Disebabkan itu kami agak sebak ketika membuat persembahan tatkala melihat ramai penonton yang berdiri. Kami rasa dihargai,” katanya.

Ditanya mengenai kekuatan mereka yang melayakkan mereka mendapat gelaran juara pada malam itu, Sharif dengan rasa rendah diri enggan dibandingkan dengan pasangan duo lain yang dilabelkan sebagai penyanyi hebat.

“Tak ada istilah kami kalahkan mereka atau apa kerana kalau nak dibandingkan kami dengan mereka, memang jauh sekali. Mereka adalah penyanyi hebat. Tapi, mungkin rezeki kami adalah dari segi berjaya menambat hati.

“Seperti yang juri selalu ingatkan kepada kami, gunakan kekuatan kami iaitu dari segi menarik perhatian dan menambat hati. Jadi, kami persembahkan apa yang kami rancang dan mereka terima,” katanya.

Siapa sangka, pentas Famili Duo 3 ini juga membuktikan bahawa persembahan nyanyian daripada mereka yang pernah tiga kali menang di konsert mingguan juga mampu membawa hiburan buat penonton.

“Tiga kali menang di pentas konsert mingguan sebenarnya turut memberikan tekanan kepada kami. Tapi, Alhamdulillah kerana kerja keras kami berbalas. Sepanjang beberapa minggu ini, kami mula nampak bahawa kami boleh hiburkan orang ramai menerusi nyanyian,” katanya.

Terbaharu, Sharif dan Syaiful akan kembali bersatu dengan adik mereka, Atu sebagai Zero dan meneruskan projek single yang tertunda akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) saat pandemik Covid-19 melanda dunia.

“Projek single itu adalah kerjasama antara kami dengan abang Ajai dan sebenarnya kami sudah rancang sebelum PKP lagi. Ini projek bertiga untuk Zero.

“Namun, ia terpaksa ditunda kerana pandemik dan PKP. Jadi, menerusi platform Famili Duo ini, kami nampak peluang itu tersusun dengan baik dan kami akan sambung semula projek tertangguh itu.

“Kami dah selesai merakamkan lagu itu sebenarnya. Cuma tinggal muzik video saja yang belum dirakamkan,” katanya.

Mengusung cek bernilai RM100,000 sebagai hadiah kejuaraan, Sharif turut berkongsi mengenai niat yang pernah mereka luahkan, untuk menyumbangkan sebahagian daripadanya kepada tabung Palestin.

“Insya-Allah, kami akan kongsikan maklumat terkini mengenai wang kemenangan ini memandangkan kami menyimpan niat untuk menyalurkan sebahagian daripadanya kepada tabung Palestin. Memang ada bahagian untuk itu.

“Ini memang kami lakukan setiap kali menang di konsert mingguan. Sekarang, kami sendiri sudah melihat bukti bahawa, jika kita bersedekah, Allah akan berikan rezeki lain kepada kita.

“Perkara ini sangat jelas. Setiap yang kita beri, kita juga akan menerima ganjaran walaupun kita tak harapkan ganjarannya. Yang paling penting adalah ikhlas,” katanya.

Di pentas akhir Famili Duo 3, Sharif dan Syaiful mempersembahkan lagu Kong Kali Kong dalam segmen pertama serta medley lagu Lemak Manis, Umpan Jinak Di Air dan Joget Angan Tak Sudah, sekali gus mengumpul markah ‘Perfect 10’ sebanyak dua kali daripada juri.

Persembahan mereka turut diiringi adik mereka, Atu serta tiga rakan pelawak lain iaitu Danial Zaini, Fad dan Namie dalam segmen kedua.

Selain Syaiful dan Sharif, pentas akhir Famili Duo 3 turut menyaksikan persembahan dua finalis lain iaitu pasangan sepupu, Haqiem Rusli dan Ariff Bahran serta pasangan adik-beradik, Adira dan Emma Suhaimi.

Penonton turut dihiburkan dengan persembahan pasangan suami isteri, Syamel dan Ernie Zakri menerusi lagu berjudul Lagu Rindu dan Selangit.

Famili Duo 3 yang ditayangkan secara langsung di TV3 diacarakan pasangan pengacara, Izzue Islam dan Janna Nick serta dijurikan pasangan juri, Ajai dan Mas Idayu. HM

Dua kali ‘perfect 10’

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Video dakwa BCL, Tiko mabuk di kelab malam tular

Roy Azman, keluarga terbabit kemalangan,kereta rentung (Video)

Dolla dah hilang ‘Melayu’?

Babak ciuman, Hun Haqeem & Daiyan Trisha dikecam netizen

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker