Umno terhuyung-hayang jika bersama PN – penganalisis

Henti salahkan DAP

Umno terhuyung-hayang jika bersama PN – penganalisis

DAP tidak perlu dipersalahkan susulan prestasi kurang baik Umno di PRK Kemaman sehingga menimbulkan polemik dalam kalangan pemimpinnya, kata penganalisis politik.

Bercakap kepada FMT, Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata kemerosotan parti itu telah berlaku sejak 2018 menyaksikannya hilang kuasa di Putrajaya dan gagal meraih sokongan rakyat pada PRU15 serta PRN Ogos lalu.



Menurut Oh, Umno dan Barisan Nasional (BN) tiada pilihan realistik selain bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) yang dianggotai DAP selepas PRU15.

“Jika Umno bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN), ia akan mengulangi nasibnya pada 2020 hingga 2022.

“Dengan PH, Umno sekurang-kurangnya dilayan sama rata dan tidak ditindas,” katanya mencadangkan pemimpin Umno supaya berhenti memberi alasan mudah prestasinya disebabkan kerjasama dengan DAP menerusi kerajaan perpaduan.

Semalam, Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Isham Jalil mendakwa parti itu ditolak orang Melayu kerana perjuangannya sudah tersasar dan rela menjadi “barua DAP”.



Dakwanya, ada segelintir pemimpin parti itu bertindak “lebih DAP daripada DAP”, dengan mempromosikannya secara berlebihan sehingga menimbulkan kurang senang dalam kalangan akar umbi.

Beliau mengulas keputusan PRK Kemaman Sabtu lalu, menyaksikan PAS menerusi calonnya, Ahmad Samsuri Mokhtar mempertahankan kerusi Parlimen itu dengan majoriti 37,220 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Mengulas lanjut, Oh berkata daripada terus merungut, sebaiknya pemimpin Umno memulakan usaha meremajakan parti itu untuk memenangi semula sokongan Melayu yang kini beralih kepada PN terutama PAS.

“Mungkin dengan (tampil) kepimpinan baru dan profesional,” katanya.



Seorang lagi penganalisis Anbumani Balan mengingatkan Umno tidak boleh terlalu selesa dan harus memanfaatkan peluangnya dalam kerajaan perpaduan untuk membantu orang Melayu.

“Jangan gunakan untuk kepentingan politik semata-mata dan sekadar syok sendiri di mana kumpulan atas sahaja me rasanya. FMT

Umno terhuyung-hayang jika bersama PN – penganalisis

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Video dakwa BCL, Tiko mabuk di kelab malam tular

Roy Azman, keluarga terbabit kemalangan,kereta rentung (Video)



Dolla dah hilang ‘Melayu’?

Babak ciuman, Hun Haqeem & Daiyan Trisha dikecam netizen



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker