Ibu buat video lucah anak perempuan untuk lunas hutang

Ibu buat video lucah anak perempuan untuk lunas hutang

Ada ibu tergamak membuat video lucah anak perempuannya semata-mata untuk melunaskan hutang, selain pelbagai isu jenayah seksual dan keganasan rumah tangga dilakukan dalam kalangan keluarga sendiri, namun ramai mangsa kes berkenaan hanya diam membisu.

Ini terbukti apabila hanya tiga daripada 10 kes membabitkan penderaan oleh ahli keluarga sendiri terhadap kanak-kanak yang dilaporkan kepada pihak berkuasa.



Perkara itu diakui oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Mohd Ali Taib yang menyatakan hanya jumlah itu yang tampil supaya tindakan diambil.

Ini kerana katanya, kanak-kanak cenderung berasa bersalah dan bimbang apa akan berlaku kepada ibu dan keluarga jika bapa ditangkap.

“Dalam satu kes di Johor, seorang kanak-kanak didapati hamil tujuh bulan selepas didera secara seksual oleh bapanya.

“Kes itu hanya dilaporkan selepas pemeriksaan kesihatan pihak sekolah mendapati gadis itu hamil.



“Apabila JKM menemu bualnya, dia menyatakan bimbang dengan keadaan ibunya sakit dan kebajikan keluarga jika bapanya tiada,” katanya pada Majlis Townhall Yayasan Chow Kit ‘Working Together To Enhance Child Protection’, baru-baru ini.

Hadir sama, isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri dan Pengasas Bersama Yayasan Chow Kit, Datuk Dr Hartini Zainuddin.

Dalam kes lain pula, Mohd Ali berkata, seorang ibu membuat video lucah anak perempuannya semata-mata untuk menjelaskan hutang.

Katanya, kanak-kanak itu sedar kesalahan dilakukan ibunya itu tetapi tidak melaporkannya dan laporan hanya dibuat selepas video itu ditemui.



“JKM secara konsisten sentiasa memaklumkan mangsa terutama kanak-kanak maklumat yang mereka kongsi selamat jika tampil ke hadapan,

“Jadi mereka tidak perlu risau untuk memberikan sebarang maklumat,” katanya.

Lebih suka berdiam diri

Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan, berkata antara penyebab mangsa gangguan seksual enggan melaporkan kepada pihak berkuasa kerana tidak mahu keluarga berdepan masalah. Ini menyebabkan mangsa gangguan seksual terutama membabitkan ahli keluarga berdiam diri.



Katanya, ini kerana pelaku mungkin pencari nafkah dalam keluarga dan mangsa tidak mahu kebajikan keluarga terabai.

“Walaupun ada kes dilaporkan dan pelaku didakwa, ia tidak menyelesaikan punca masalah kerana mereka tidak diberi penyelesaian kepada masalah itu.

“Memang kes dapat diselesaikan melalui undang-undang, tetapi untuk mangsa tiada, sedangkan ia perlu untuk kelangsungan hidup,” katanya.

Justeru, sistem sokongan yang komprehensif penting bagi membantu mangsa.



Nancy ketika berucap, berkata pihaknya sentiasa terbuka kepada cadangan dan idea baharu selaras keperluan dan keperluan semasa kerana perlindungan kanak-kanak adalah tanggungjawab semua lapisan masyarakat.

Kementeriannya akan mengukuhkan kerjasama antara agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), komuniti dan keluarga dalam mengenal pasti, melaporkan dan menangani kes penderaan atau penganiayaan kanak-kanak. BH

Ibu buat video lucah anak perempuan untuk lunas hutang

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Video dakwa BCL, Tiko mabuk di kelab malam tular

Roy Azman, keluarga terbabit kemalangan,kereta rentung (Video)

Dolla dah hilang ‘Melayu’?

Babak ciuman, Hun Haqeem & Daiyan Trisha dikecam netizen

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker